Sabtu, 16 Februari 2019

Bunga Musim Panas

Salam bertani.

Sudah menjangkau sebulan tak turun hujan dan cuaca panas sepanjang siang. Panas berpanjangan begini menandakan pokok-pokok buah-buahan akan mula berbunga. Pokok kuini, pulasan dan durian sudah mula berbunga. Begitu juga dengan pokok getah yang telah meluruhkan daunnya dan mula mengeluarkan bunga dan tunas baru.

Pokok bunga kertas juga memerlukan cuaca panas berpanjangan untuk galak berbunga. Sekarang tengah meriah halaman rumah dengan warna warni bunga kertas.






Salam bertani.

28 ulasan:

  1. Pokok bunga rajin.Rajin berbunga.Mudah jaga pun ya juga.

    BalasPadam
  2. Penuh dgn bunge je tu cantiknya

    BalasPadam
  3. Bunga paling senang nak jaga, tak payah siram pun hidup subur melebat ...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ha aa kalau tanak kat tanah.
      Kalau tanam kat pasu kena siram juga.

      Padam
  4. Berseri2 laman rumah kalu ada pokok kertas ni kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuma bunganya kalau gugur jadi sampah.
      Sebab tu kena tanam di hujung halaman.

      Padam
  5. Betul tu, sekarang pokok kertas tgh berbunga dekat laman umah ni

    BalasPadam
  6. cantiknya.banyak pula warnanya.saya ada 2 warna aje putih dan ungu.almaklum kawasan tanah depan rumah sekangkang kucing.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ok lagi sekangkang kucing
      jangan sekangkang nyamuk

      Padam
  7. subhanallah cantiknya..baru saya tahu bila musim panas bunga kertas berbunga dengan lebat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia suka cahaya 100%
      Kalau terlindung malas berbunga

      Padam
  8. MUSIM PANAS BERSERI BUNGA KERTAS

    BalasPadam
  9. Suatu masa dahulu mak SA suka tanam pokok bunga kertas ni..memang dia pandai kahwinkan pokok jadi 2-3 warna..sekarang dah takde dah..pokok bunga yang ada dah transfer pi kampung...ntah apa citer ntah..hahaha..

    BalasPadam
  10. Dulu2 WP pun minat cantum2 pokok bunga kertas ni.
    Nilah hasilnya.
    Sekarang macam dah tak sempatlah.

    BalasPadam