Jumaat, 19 Ogos 2016

Limau Kasturi : Tanam Sepokok Tak Habis Makan.

Salam bertani.

Ada beberapa pokok limau kasturi yang terdapat di kebun WP. Kebanyakannya sudah mengeluarkan hasil. Pokok Limau kasturi yang ditanam melalui kaedah tut/markot lebih cepat mengeluarkan buah berbanding dengan yang ditanam melalui biji benih. Pokoknya juga lebih kecil dan rendang malah boleh ditanam di dalam pasu.

Layan kisah sepohon limau kasturi di kebun WP yang sedang berbuah lebat. Tanam sepokok tak habis makan.


Sepohon limau kasturi sedang berbuah lebat.

Gambar-gambar dari dekat buah limau kasturi daripada pokok tersebut.














Limau kasturi mempunyai pelbagai kegunaan dalam kehidupan kita seharian.  Biasanya kita menggunakan limau kasturi dalam pelbagai jenis minuman sama ada sejuk atau panas. Ia juga berguna dalam pelbagai masakan dan dicampurkan dalam menu makanan kita seharian. Buah limau juga dijadikan jus.Buah limau kasturi mempunyai pelbagai khasiat perubatan seperti melegakan penyakit batuk, sakit tekak, lelah, demam dan pening kepala. Buah limau kasturi juga digunakan untuk pembersihan badan dan rambut. Ia juga digunakan untuk membersihkan peralatan dapur daripada kotoran berminyak.

Kita perlu menanam pokok limau kasturi untuk kegunaan sendiri seperti di atas.
Salam bertani.

Catat Ulasan