Ahad, 14 Ogos 2016

Durian Kawin Jabatan Pertanian.

Salam bertani.

Kira-kira tiga puluh lima tahun yang lalu WP mendapat sepohon anak benih durian kawin dari Jabatan Pertanian. Benih durian kawin ini diserahkan oleh Jabatan Pertanian kepada ketua kampung dalam satu majlis dan ketua kampung membahagi-bahagikan setiap seorang penduduk sepokok anak durian tersebut.

Pada masa itu durian kawin belum popular lagi. Kebanyakan orang kampung tidak menanam pokok durian tersebut atau pun kalau ada yang menanamnya, pokok durian tersebut tidak dijaga. Pada fahaman mereka pokok durian kawin tidak tahan lama, susah dijaga,  mudah mati dan kurang diminati.

Kini pokok durian kawin Jabatan Pertanian yang ditanam di kebun WP sudah sebesar pemeluk dan berbuah setiap tahun. Buahnya semakin lama semakin berkualiti malah setanding dengan durian klon yang popular sekarang. Cuma WP tidak tahu durian kawin Jabatan Pertanian ini dari jenis apa.



Banir pokok durian kawin yang berusia 35 tahun sebesar pemeluk.


Sebahagian daripada hasil dusun durian
 termasuk buah durian kawin Jabatan Pertanian.


Isinya berwarna kuning terang


Hanya dua ulas sepangsa.


Hanya seulas sepangsa.


Orang panggil kucing tidur.


Sepangsa lagi.


Seulas setiap pangsa.


Isi yang besar dan tebal.
Aroma kuat, sangat pahit dan lemak berkrim.


Isi sebesar di atas mempunyai biji yang kesep.
Makan seulas dah kenyang.

Terima kasih Jabatan Pertanian.
Salam bertani.



Catat Ulasan