Rabu, 3 Ogos 2016

Ternakan Lembu 10 : Anak-anak Lembu.

Salam penternak.

Selain daripada tiga ekor anak lembu betina yang baru lahir pada tahun ini, WP mempunyai beberapa ekor lagi anak lembu yang sedang membesar. Ada anak lembu yang sudah ditambat dan ada yang masih lepas bebas meragut. Anak-anak lembu ini hanya meragut rumput tanpa diberikan sebarang makanan tambahan lain. Alhamdulillah, kesemua anak lembu WP nampak sihat dan cergas.




Tiga ekor anak lembu yang masih lepas bebas meragut.
Rumput ragut yang subur memastikan bekalan makanan yang mencukupi.




Anak lembu jantan berumur setahun.
 Sudah ada adik betina yang lahir baru-baru ini.



Dua ekor anak lembu sedang meragut.




Anak lembu jantan berumur dua setengah tahun.
Sudah ditambat dan ada dua ekor adik.


Anak lembu jantan berumur enam bulan.
 Masih lepas bebas dan masih menyusu.


Anak lembu betina berumur setahun setengah. Tidak ditambat.
Anak lembu jantan berumur enam bulan di atas adalah adiknya.


Seekor anak lembu betina berumur enam bulan bersama ibunya.
Tidak ditambat dan masih menyusu.

Kesemua anak lembu WP sangat jinak dan mengenali tuannya. Seperti memelihara kucing, anak-anak lembu WP mempunyai namanya yang tersendiri. Walau pun jinak, dengan orang yang tidak dikenali mereka susah didekati.

Menternak sebagai suatu hobi dan sumber pendapatan.
Salam penternak.








Catat Ulasan