Isnin, 8 Ogos 2016

Pokok Bunga kertas 2.

Salam bertani.

WP pernah menerbitkan entri tentang bunga kertas ini pada awal tahun yang lalu. Pokok- pokok bunga kertas yang telah berusia berpuluh tahun. Asalnya dulu WP cantumkan beberapa jenis pokok bunga kertas pada satu pokok induk menggunakan cara cantuman baji. Pokok-pokok bunga kertas ini terletak di bahagian hadapan halaman rumah WP.

Walaupun ditanam di atas tanah, pokok-pokok bunga kertas ini tidak berhenti berbunga. Cuma sekarang WP kurang ada masa nak trim pokok-pokok ini. Lagi pun pokok-pokok bunga kertas ni dah tinggi. Kalau nak trim terpaksa gunakan tangga. Itu yang tertangguh-tangguh.

 Kita layan gambar.



Pokok ini ada 4 dahan yang berlainan


Rajin berbunga


Ada lima jenis pokok yang berlainan


Ada bunga putih, merah dan pink


Lima jenis yang berlainan.

Gambar-gambar lain akan menyusul.
Salam bertani.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan