Ahad, 7 Ogos 2016

Tanaman Pisang 11 :Pokok Pisang Susu.

Salam bertani.

Salah satu jenis pisang yang jarang-jarang kita lihat dan makan ialah pisang susu. Pokok pisang susu mempunyai saiz yang sederhana besar seperti pisang emas atau pisang berangan. Cuma ketinggiannya yang agak kurang dan biasanya buah pisang susu boleh dicapai dengan tangan. Buah pisang susu bersaiz sederhana besar seperti buah pisang rastali tetapi mempunyai bentuk yang agak bulat apabila hampir matang.

  Buah pisang susu berasa lemak manis dan beraroma sesuai dimaka begitu sahaja sebagai pencuci mulut. Warna buah matangnya kuning terang, mudah dikupas dan isinya agak kekuningan.Ia tidak sesuai digoreng tetapi boleh dijadikan cekodok, lempeng atau kek pisang.


Sulur pedang pokok pisang susu.


Sepohon pisang susu yang sudah berbuah dan beranak.





Seperdu pisang susu yang sudah mengeluarkan hasil.


Buah pisang susu semakin membesar.
Mempunyai tangkai jantung yang panjang kerana tidak dipotong.


Putik buah pisang susu


Putik semakin membesar.


Buah pisang susu muda


Buah pisang susu muda semakin membesar.


Buah pisang susu.
Cuma ada empat sisir sahaja.


Buah pisang susu semakin membesar.


Buah pisang susu hampir matang.


Sebahagian buah pisang susu matang di pokok.


Buah pisang susu matang.
Bentuknya agak bulat dan berisi.


Isi pisang susu berwarna kekuningan.
Rasa lemak manis dan beraroma.


Walau pun pisang susu tidak ditanam secara komersial seperti pisang berangan atau emas, ia perlu ditanam untuk mengelakkan kepupusan. Rasa buah pisang susu setanding dengan pisang lemak manis dan pisang emas malah lebih sedap daripada pisang berangan atau pisang kapas. Cuma tandan buah pisang susu tidaklah begitu besar,setakat lima hingga enam kilogram sahaja.

Salam bertani.

12 ulasan:

  1. Cikgu Warisan Petani, Terima kasih mengadakan blog yang berubi mengenai pisang. Saya kagum dengan jenis pokok pisang yang ditanam oleh WP sebab kebanyakan dari pisang tempatan sudah hampir pupus dan ramai rakyat Malaysia tidak langsung ketahui pisang tempatan. Saya di bandaraya Petaling Jaya/Lembah Klang hanya beli pisang cavendish sebab pisang tempatan amat sukar didapati. Kalau adapun, sangat mahal. Saya terkenang waktu kanak-kanak, berbagai pisang tempatan ibu beli dari pasar. Terima Kasih juga, kerana mengadakan blog yang menggunakan nahu dan tuturbahasa yang baik. R.Mohamed dari Petaling Jaya, Selangor

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama2 Tuan.
      Mungkin sebahagiannya masih boleh didapati di pasar tani atau pasar minggu.

      Padam
  2. Susah nak cati benih pisang ni sekarang.. saya hanya dpt satu pokok je tuk dibuat benih.. poko dah besar tp anaknya masih belum ada ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apabila berbuah nanti, banyaklah anaknya yang akan tumbuh.
      Ambil anaknya sebagai benih penanaman selepas induknya ditebang.

      Padam
  3. ada pendapat yang mengatakan pisang ini sangat bermanfaat untuk kekuatan tenaga batin lelaki.

    BalasPadam
  4. Sedap lagi ke Pisang Susu kalau banding dgn Pisang Lemak Manis ?

    BalasPadam
  5. As salam...saya nak beli benih pisang susu boleh ? 0197168079. Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya ada tanam agak banyak Pisang susu

      Padam
  6. As salam, saya nak beli benih pisang susu boleh ? 0197168079. Tq

    BalasPadam
  7. Saya ada tanam tpi panggil pisang lemak manis atau pisang 40hari

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pisang susu, pisang lemak manis dan pisang 40 hari adalah 3 varieti pisang yang berbeza

      Padam