Rabu, 24 Ogos 2016

Baja Tanaman 4 : NPK Hitam.

Salam bertani.

Baja NPK hitam adalah salah satu jenis baja  yang amat berguna kepada tanaman. Ia adalah baja tradisional dan asli yang bukan berasal daripada bahan kimia yang diproses. Baja NPK hitam biasa disebut baja organik yang mengandungi unsur-unsur lengkap yang diperlukan oleh tanaman. Walaupun kandungan NPKnya agak rendah jika dibandingkan dengan baja sebatian kimia, tetapi penggunaannya adalah lebih optimum dan berkesan kerana ia tidak mengalami kadar larutresapan yang tinggi seperti baja kimia.

Baja NPK hitam@ baja organik adalah bahan asli yang didapati sama ada daripada haiwan atau tumbuhan. Antara bahan yang biasa digunakan ialah najis haiwan seperti tahi ayam, tahi lembu, kulit telur, sisa pepmrosesan haiwan, bahan lebihan tumbuhan, kompos, guano dll. Bahan-bahan tersebut telah reput dan diurai sepenuhnya oleh mikroorganisma yang terdapat di dalamnya.

Baja organik boleh digunakan kepada semua jenis tanaman dalam semua peringkat pertumbuhan. Ia boleh dijadikan baja lubang, bahan campuran untuk tapak semaian, baja untik tumbesaran, pembungaan dan buah dan juga resisten terhadap penyakit serta pengaruh cuaca. Malah masyarakat sekarang telah mula beralih kepada tanaman organik yang bebas daripada bahan kimia (sama ada baja atau racun makhluk perosak)

Dianatara kebaikan baja NPK hitam @ baja organik adalah:
     
            i) Bahan asli yang murah dan mudah didapati d isekeliling kita.
           ii) Mengandungai pelbagai nutrien yang diperlukan oleh tanaman tidak terhad kepada NPK                        sahaja.
           iii) Kandungan nutrien yang kekal lebih lama di dalam tanah dan dapat memberi manfaat                          kepada tanaman dalam masa panjang.
            iv) Memperbaiki pengudaraan tanah terutama kepada tanah liat dan dapat mengikat zarah                          pasir supaya boleh menyimpan kelembapan.
              v) Tidak merosakkan tanaman semasa pembajaan berbanding baja kimia.
              vi) Mempastikan tanah sentiasa lembap kerana sifatnya seperti span yang boleh menyimpai                        air.
             vii) Boleh dijadikan sungkupan yang dapat menutup permukaan tanah daripada pancaran                           terik matahari.
             viii) Menggalakkan aktiviti mikri-organisma dalan tanah dan hidupan lain yang membantu                            kesuburan tanah seperti cacing tanah.
               ix) Bahan mesra alam yang tidak memberikan kesan buruk kepada tanah, air dan udara.
                 x) Dapat menfaatkan bahan-bahan lebihan terbuang untuk kegunaan pertanian
               xi) Dapat merawat tanah yang bermasalah untuk dijadikan kawasan penanaman.


Baja NPK hitam boleh didapati dalam bentuk asal seperti najis haiwan, guano (najis kelawar) atau pun yang telah diproses di kilang. Petani juga boleh memproses sendiri baja organik seperti membuat kompos malah ada jenis tanah yang kaya dengan bahan organik semulajadi yang dipanggil humus. Humus adalah bahan semula jadi yang berasal daripada tumbuhan dan haiwan yang telah reput sepenuhnya. Tanah yang kaya dengan humus berwarna hitam contohnya tanah gambut. Baja organik dalam bentuk larutan/cecair juga telah banyak dihasilkan.



Contoh baja organik yang diproses di kilang
mengandungi 5%N, 5%P, 5% K dan unsur-unsur lain.


Dikeluarkan oleh AgroBridge (M) Sdn. Bhd.
25 kg satu beg.


Satu contoh lain keluaran Efectiva Cultura.
25 kg satu beg.



Mengandungi mikro-organisma baik yang bermanfaat kepada tanah.


Kandungan Nutrien utama.


dan pelbagai nutrien lain yang diperlukan oleh tanaman.


Aturan penggunaan.
Boleh merawat tanah sebelum penanaman dan penggunaan yang lebih kerap.



Contoh baja organik yang diproses.
Berwarna hitam.


Baja NPK Hitam 5:5:5

Hasil tanaman jangka pendek seperti sayur-sayuran dan buah-buahan semusim yang menggunakan baja organik lebih selamat dimakan dan tidak memberikan kesan sampingan buruk dalam masa yang lama. Gunakanlah bahan organik yang ada di sekeliling kita untuk aktiviti pertanian agar lebih jimat dan selamat.

Penulisan hanyalah berpandukan pengalaman WP sebagai seorang petani sepenuh masa.
Salam bertani.

4 ulasan:

  1. Mane saya bole dptkan baja agrobridge 555 ni

    BalasPadam
  2. Biasanya di kedai pertanian yang membekalkan baja ada dijual.

    BalasPadam
  3. apa beza baja oraganik 555 dan 888. dan yang manakah lebih sesuai bagi pokok durian yang berusia 1 tahun

    BalasPadam
  4. kedua2nya boleh digunakan sebagai pilihan
    8888 mempunyai unsur yang lebih tinggi %nya dan lebih banyak jenis unsurnya. Tetapi harganya lebih mahal. Tahi kambing yang telah difermentasi juga sesuai untuk anak durian.

    BalasPadam