Khamis, 11 Ogos 2016

Bawa Bekal 2.

Salam bertani.

Boleh dikatakan hampir setiap hari WP membawa bekalan makanan untuk bekerja. Biasanya Pn. dapur akan menyediakan masakan  yang ringkas-ringkas pada awal pagi. Layan menu.


Ini menu pada pagi tadi.
Nasi putih,
Daging kambing masak lemak cili padi + belimbing buluh.
Sayur kacang botor/kelisa goreng dgn udang kering.
Air minuman.


Ini menu semalam.
Nasi putih.
Daging ayam kampung masak ungkep.
Sayur sawi + kubis masak tumis air.
Air minuman.

Esok, hari Jumaat tidak bekerja.
Orang kampung pun ada cuti rehat.
Walau bagaimana pun kerja-kerja rutin masih dilakukan seperti biasa.

Salam bertani.


Catat Ulasan