Sabtu, 13 Ogos 2016

Anak Benih 1.

Salam bertani.

WP biasanya tidak terus menyemai anak benih pokok ke tapak penanaman. Anak benih pokok biasanya di semai dahulu di tapak semaian melalui biji benih. Bagi pokok buah-buahan biasanya biji benih disemai terus ke dalam polibeg. Anak benih di dalam polibeg akan  dididik selama enam bulan di tapak semaian sebelum di pindahkan ke kebun. Kaedah begini dilakukan untuk memudahkan kita menjaga dengan teliti dan memudahkan kerja-kerja pengurusan seperti menyiram, membaja, mengawal perosak dan penyakit serta pengawalan rumpai.

 Untuk mendapatkan anak benih klon, anak benih di dalam polibeg yang berumur enam bulan akan dibuat cantuman sama ada melalui cantuman mata tunas, cantuman baji atau cantuman sanding. Ada juga anak benih yang diperolehi melalui keratan akar dan ada juga melalui kaedah tut/markot. Anak benih klon sesuai dipindahkan ke kebun selepas enam bulan dilakukan cantuman.



Anak benih pokok cermai.
Dibiakkan melalui biji benih.


Anak benih poko kuini.
Tumbuh daripada biji benih di bawah pokok dewasa.


Anak pokok sukun yang diambil melalui keratan akar.


Anak pokok sukun melalui keratan akar disemai di dalam polibeg.


Semaian anak kelapa pandan.


Anak benih pokok nanas sarawak yang tumbuh melalui sulur udara.
Perlu diubah ke tapak penanaman.


Anak benih pokok cempedak durian.
Dibiakkan melalui cantuman mata tunas.


Anak benih pokok nangka J33.
Dibiakkan melalui cantuman mata tunas


Anak benih pokok jambu mawar.
Disemai melalui biji benih.


Anak benih pokok durian belanda.
Disemai melalui biji benih.


Anak pokok durian musang king.
Dibiakkan melalui cantuman mata tunas.



Anak benih pokok manggis masta.
Dibiakkan melalui kaedah cantuman baji.


Cantuman baji anak pokok manggis masta di atas.


Anak benih pokok nona serikaya.
Dibiakkan melalui biji benih.


Anak benih pokok nona kapri.
Dibiakkan melalui semaian biji benih.


Anak benih pokok belimbing buluh hijau.
Dibiakkan melalui semaian biji benih.


Anak benih pokok kedondong hybrid.
Disemai melalui biji benih.


Anak benih pokok belimbing besi.
Dibiakkan melalui cantuman mata tunas.


Tapak semaian di tepi tembok/pagar rumah WP.


Salam bertani.

Catat Ulasan