Jumaat, 25 September 2020

JDT 03

 Salam bertani


Si bulus ni wak sekeluarga panggil Olie.
Olie ni tak tidur dalam kandang macam kucing2 yang lain.
Dia tidur dalam bilik wak.
Tapi kalau bergambar tak pernah reti nak senyum.


Pondok bunga orkid tepi rumah.
Ada beberapa pokok orkid yang sedang berbunga.


Ni pokok pisang nangka di dusun wak.
Buahnya hampir matang.
Buah pisang nangka biasanya dibuat goreng pisang.


Sayur tumis pucuk paku merah (midin)
Pucuk paku merah ni banyak tumbuh kat tepi dusun wak.
Kalau buat bubur lambuk letak pucuk paku nilah.



Buah nangka madu J33 tuaian dari dusun.
Wak tukang mengupasnya dan simpan dalam esbok.
Kalau wak tak kupas, semua tak reti makan.


Pokok bunga Waititi di tepi pintu pagar rumah wak.
Ada dua pasu kiri dan kanan.
Waititi tu bermaksud Y T T.
Orang panggil pokok bunga Yesterday today tomorrow.
Sebab bunganya tahan 3 hari dan berbeza pada setiap hari itu.


Ni ulat gulung daun pisang.
Dia akan menggulung daun pisang menjadi sarangnya.
Kalau tidak dikawal, boleh gondol pokok pisang tu.
Ulat ni bagus buat umpan memancing.


Pokok renek hutan ni tumbuh kat dusun wak.
Tak tahu pokok apa tapi rajin berbunga.


Dulu2 wak rajin bawa bekal pergi kebun terutama kalau kerja nyawit.
Sekarang bawa bekal air aje sebotol.
Lauk ikan bawal emas masak singgang,
Sambal sotong bertelur dan tumis sayur campur.

Salam bertani.

30 ulasan:

  1. Aduh wak, kenalah agah2 sikit sibulus tu kasi dia senyum, wak tak suruh dia senyum mana dia nak senyum😆
    Wak pucuk paku midin tu kalo kat teganu kami guna buat bubur lambuk, kalau tak pun buat sayur lemak putih, tak pernah plak buat masak goreng cam wak tu.
    Menarik bunga waititi tu, maksudnya tiap 3 hari tu bunga dia lain2 warna ek, Subhanallah..mana nak cari ek, teringin juga nak tanam ni.
    Wah, wak dah diet ek tak bawak bekal..

    BalasPadam
  2. Comeynya olie, diber layanan vip nih 😁😁.. lama dah tak tengok ulat gulung pisng tu wakk

    BalasPadam
  3. olie sngt gebuuuuuu!!! sngt comellll

    BalasPadam
  4. Kirim salam olie... Eh? Kucing lain pandai senyum ke?

    BalasPadam
  5. Eee gebunyaaa lahaiii dia, tenung tajam kemain mata ekk..
    Wak ikan bawal emas saya pun suka masak singgang, sedap...

    BalasPadam
  6. sedap lauk bekal wak harini :)
    amboii olie..nk tnjuk garang ler tuuu ^_^

    BalasPadam
  7. COMELNYA OLIE KESAYANGAN TUAN RUMAH NI..CANTIK JENJARUM HUTAN MERAH SELALU NAMPAK WARNA JINGGA BANYAK TEPI HUTAN

    BalasPadam
  8. Olie si gebu yang serius.

    Nangka susah nak kerjakan wak, saya pun tunggu suami buat. Kalau dia tak buat, biar gitu jelah..haha

    BalasPadam
  9. Saya geli tengok ulat. Merinding habis bulu roma.

    BalasPadam
  10. comelnya dia!!! waduh waduh geram nak peluk!

    BalasPadam
  11. Comelnyaa Olie!! nak pinjam sehari-dua boleh tak? hahah

    BalasPadam
  12. olie kenapa gebu sangattt. gerammm. nangka tuu bestnyaaa

    BalasPadam
  13. Sudah lama tidak merasai suasana sebegini sejak meninggalkan kampung..sedihnya

    BalasPadam
  14. Comel anak bulus tu ha. Anak bulus kayangan tu wak. kena duduk dalam rumah. Menjadi semua hasil tanaman wak. Ulat daun pisang tu dulu masa kecik suka tlg buang ulat tu kat daun pisang.

    BalasPadam
  15. anak buluss tu..geram tgk bulus nye tu..

    BalasPadam
  16. comel nya Olie..
    Muka macam nak marah orang je..hahaha

    BalasPadam
  17. alooosss comelnya olie, okid2 tu cantik dan makanan wak pun sedap arr, midin buat kerabu juga sedap. and eeeehhh ulat.... tu saya tak minat bercucuk tanam. geli sesangat dgn spesis ulat2 ni

    BalasPadam
  18. baru tahu nama bunga tu YTT....suka tgk bunga dia lain lain warna....siyes aje muka si olie...."hehehe...orag lain makan nangka...wak pula yang kena getahnya...."

    BalasPadam
  19. tak aci wak...sibulus yg gebu tu tido dalam bilik...yg lelain dalam sangkar hehe

    BalasPadam
  20. Olieee.... garangnya muka. Dah besar gedempol dah dia. Ingat lagi WP pernah buat post masa dia kitten jugak kan

    BalasPadam
  21. olie jolly....hehe..bestnya kalau dpt sekor!

    BalasPadam
  22. kemain garang si olie..
    gebu betul ulat tu..

    BalasPadam