Isnin, 21 September 2020

Menu Kampungan

 Salam bertani.


Wak nak kongsikan menu santapan wak sekeluarga sepanjang  hari ini. Menu sarapan, makan tengah hari dan makan malam serta minum petang. Wak sangat jarang makan di luar dan menu makanan harian biasanya berasaskan bekalan tanaman dan ternakan yang ada di sekeliling rumah.



Sarapan pagi:
Cekodok pisang kapas
Telur ayam kampung rebus


Menu makan tengah hari dan malam :
Ayam kampung masak kari + terung unggu


Menu makan tengah hari dan malam :
Sayur tumis buah betik


Menu minum petang :
Isi buah cempedak goreng.


Inilah buah pisang kapas. Buahnya sesuai dibuat
cekodok, lempeng atau kek pisang.
Ada banyak pokok pisang kapas di sekeliling rumah wak.


Telur ayam kampung kutipan sehari.
Biasanya wak  rebus buat sarapan atau goreng dadar.
Stok buah tangan untuk anak2 dan adik beradik yang pulang ke kampung.


Stok seminggu.
Wak jarang2 beli ayam kat pasar.


Terung panjang unggu ni wak tanam dalam polibeg.
Tanam 12 pokok hasilnya tak termakan.


Pokok betik tepi dapur.
Buah yang hampir masak dibuat sayur tumis.


Buah cempedak kampung tengah musim.
Asyik menggoreng cempedak ajelah.

Salam bertani.

46 ulasan:

  1. Bestla kalo dpt bercuti ke rumah wak, wak taknak pelawa kami datang? Hehe..
    Ayam kampung tu isinya pejal kan, takde suntikan vaksin, sembelihan sendiri..bestnya.
    Saya ingat masa kecik2 dulu arwah mak ada buat juga sayur betik, tapi tak ingat dah dia buat masak apa.
    Saya first time jumpa ayam masak kari+terung mcm ni. Selalu kari ayam +kentang je. Mesti sedap tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau buat kari ayam bolehlah masukkan terung unggu, terung telunjuk atau pun bendi atau tomato.
      Dah jimat tak payah masak sayur.

      Padam
  2. Balasan
    1. Menu yang ada sumber di sekeliling rumah.
      Jadi tak payahlah pegi pasar selalu.

      Padam
  3. Menu ni semua wak kalau depan mata memang tak pandang kiri kanan dah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alah menu kampungan aje
      Orang sekarang kat minat makanan yang western
      makanan korea, jepun dsb

      Padam
  4. Kabeh enak yo! untung la adik beradik wak..ada hasil untuk dibawa pulang ke kampung. Seronok nya saya tengok, semua nya segar dari ladang. Bersih, selamat dan berkhasiat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adik beradik wak yang duduk bandar, kalau balik kampung memang penuh bonet dengan hasil kampungan.

      Padam
  5. bestnya wak, kabeh ngolek nang tepi ngomah...
    kalau emak dana, tumis betik tu yang muda lagi wak , yg masih hijau dan kuning sikit je... masak lak pedas memang di jambali je wak...

    emak kata pisang kapas tu di panggil pisang kapas sebab lembut mcm kapas, tak boleh di goreng dengan tepung nanti ngemu minyak kan mcm kapas... heheheh emak yg cakap lah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tumis buah betik tu memang yang masih muda dan keras lagi.
      Tapi cari yang dah merah sikit2 sebab rasanya lebih manis.
      Kalau sepinggan tu, wak jambal sorang pun boleh habis.

      Padam
  6. rajin bertani hasilnya melimpah setakat keperluan dapur langsung xde masalah terjamin kualitinya terbaik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Duduk kampung ni kita manfaatkan apa yang ada di sekeliling kita. Bolehlah berjimat sikit.

      Padam
  7. Wah.... 'santapan' tu.... Mesti darah diraja ni....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin jugalah uncle.
      Sebab kalau tak silap, wak pernah jadi raja sehari kira2 40 tahun yang lepas.

      Padam
  8. Balasan
    1. Wak pun mengulang makan 2/3 kali kari tu.
      Makan dengan roti pun ngam.

      Padam
  9. seronoknya bila bercucuk tanam dan menternak kan. nak makan nanti ambil je kat kebun, sembelih je ayam. Kat rumah Cik TK apa yang biasanya tak beli adalah daun pandan, daun kunyit, kucai dan daun bawang. baru-baru ni dah ada terung dan pak choy. terung tu dah merasa dah makan buat sambal.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sekarang duduk bandar pun dah boleh bercucuk tanam kecil2an terutama untuk keperluan dapur.
      Lebih baik tanam sayur daripada tanam bunga.

      Padam
  10. cempedakkkk ,lama tak makanan cempedek or cucur cempedak, bestnya wakkk smuaaa tanam sendiri... teringgin nak jenjalan dekat kebun wak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dulu2 kalau musim buah memang wak meniaga cempedak kat pasar tani dan pasar kampung. Cuma tahun ni buah cempedak kurang menjadi sebab wak tak sempat bungkus.

      Padam
  11. Bestnya..kalau kita duduk berjiran kan seronok.Boleh tumpang2 sikit.Hahhahah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jiran2 wak memang merasalah juga hasil buah tangan daripada kebun wak.

      Padam
  12. Terus rasa lapar bila baca entry wak kali ni. Dok kampung memang seronok. Kak Feni baru balik dari kampung ni pun masih terbau indahnya kampung.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila pencen nanti bolehlah cari tanah kampung.
      boleh bertani dan menternak macam wak.

      Padam
  13. banyak dapat jimatkan duit dari beli kat pasar...fresh pulak tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu.
      Pendapatan orang kampung berapalah sangat, perlu berjimat cermat manfaatkan apa yang ada.

      Padam
  14. Allahu Akbar! Bertuahnya badan dikurniakan rezeki yang sebegini rupa, banyak yang dapat dijimatkan bila ada tanaman dan ternakan sendiri, pokoknya rajin berusaha, kan wak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Duduk kampung ni kenalah rajin berusaha untuk tampung keperluan harian.

      Padam
  15. Balasan
    1. Kena usaha juga tar.
      Bela ayam kampung pun perlu 4/5 bulan baru boleh dapat hasil

      Padam
  16. Hi, good afternoon. All right? I am Brazilian, from Rio de Janeiro and I want to present my Blogger. New friends are welcome, no matter the distance. I would like to invite you to follow my Blogger. I'm a follower number 382.

    https://viagenspelobrasilerio.blogspot.com/?m=1

    BalasPadam
  17. Seronoknya wak..dah jimat banyak kat situ. Cempedak Tu..aduh duh sedap aiih.
    Btw walk jemput join giveaway sy yeh 🤗
    https://ctcheery87.blogspot.com/2020/09/giveaway-selamat-tinggal-moratorium-by.html?m=1

    BalasPadam
  18. Cempedak tu..sedapnya buat ais krim.

    BalasPadam
  19. Alhamdulillah.
    Semua kategori sihat dan berkhasiat.

    BalasPadam
  20. Bestnya kalau ada rumah kampung, bleh bercucuk tanam macam ni...hasilnya jimat betul...

    BalasPadam
  21. semua sedap2 wak ..menu kampung ni mmg penambah selera :)

    BalasPadam
  22. Semua nampak sedap dan lama Naim x makan ayam kampung. Sini mahai haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayam kampung memang mahal
      Harga hidup pun dah RM18.00 sekg.
      taapi kalau bela sendiri bolehlah berjimat.

      Padam
  23. Alhamdulillah wak, banyak rezeki dkt rumah wak.

    BalasPadam
  24. Semua sedap sedap wak menu kampungan. Duduk kampung lagi seronok dan sedap masak sendiri. Jarang lah nak membeli. Masak hasil tanaman dan ternakan sendiri lagi menyihatkan dan segar dari ladang gitu.

    BalasPadam
  25. macam2 boleh masak bila ada tanman sendiri ni kan wak..
    seronok gitu! kan bagus saya sendiri ad kebun..tpi sini banyak nau monyet..hahha

    BalasPadam
  26. Menu MCM mi la.yg paling selera naknmkan

    BalasPadam
  27. cempedak tu saya suka makan mentah gitu, lepas tu bijinya direbus buat kudapan.. Pergh!!
    Bagus betul bila boleh mengutip hasil di keliling rumah..

    BalasPadam