Salam bertani
Wak ada menanam sedikit pokok ati-ati di sekeliling rumah sama ada tanam dalam bekas atau tanam terus di atas tanah. Pokok ati-ati adalah tanaman hiasan yang ditanam kerana daunnya yang berwarna-warni dan pelbagai bentuk. Ia bukanlah pokok bunga kerana kita tidak menanan untuk mendapatkan bunganya yang menarik.
Pokok ati-ati merupakan pokok renek yang mempunyai batang yang lembut dan mudah ditanam menggunakan keratan batang. Ia boleh disemai terus ke dalam pasu atau di atas tanah. Memerlukan tanah yang beroganik dan perlukan penyiraman yang kerap.
Pokok ati-ati juga mengeluarkan bunga tetapi perlu dipangkas selepas berbunga kerana ia tidak lagi mengeluarkan pucuk baru. Perlu pembajaan untuk hidup subur.
Wak kongsikan beberapa pokok ati-ati yang terdapat di sekeliling rumah.
Salam bertani.
cantik buat hiasan rumah
BalasPadammenariknya pokok2 ni..nama dia mmg ati ati ke wak..saya pertama kali dgr..
BalasPadamPertama kali dengar nama pokok ni wak. Cantik-cantik ye
BalasPadamdah lama tak nampk pokok ati2..nak tanam jugaklah nnt
BalasPadamcantik ati2 daunnya aneka bentuk n warna warni
BalasPadamlumayan iki wak eneng pokok pirang pirang., ;p
BalasPadamcantik kan wak, mak dana kat kampung memang pokok ati-ati dengan puding kegemaran dia... dia ada banyak lagi koleksi ati-ati dari wak tunjuk ni... kadang dia offer jugak kot dana nak tanam, dana kata tak minatla sebab takde bunga heheheh
BalasPadamcantiknya pokok ati2 ni...
BalasPadamselalu nampak tapi tak tahu nama
BalasPadamOh, nama pokok ni ati-ati rupanya. Banyak jumpa kat rumah orang dan bangunan kerajaan tapi saya tak pernah tanam lagi..
BalasPadamcantik lak pokok ati ati ni. masa kecik kecik ni antara pokok yg saya kenal dulu...
BalasPadamCantik sebab warnanya tu ada tone.
BalasPadamSelalu nampak pokok ni dan sekarang baru tahu namanya.
BalasPadamMacam-macam jenis warna dan saiz daunnya ek... Ingatkan sama je
BalasPadampokok ati-ati ni ada nilai perubatan kan wak...
BalasPadamcantik pokok ni..ada dua warna..
BalasPadamohh tu namanya pokok ati2..baru tau..biasa nmpk
BalasPadamooo baru tau kena pangkas bunga baru naik daun baru, selalu saya bela sokmo mati..adess
BalasPadamAsalam..wah cantik..saya sedang kumpul spesis ini, boleh tak kirim kat saya batangnya tu..ada yang saya belum ada..saya nak beli
BalasPadamPokok ati-ati memang cantik kalau buat koleksi WP colorful halaman rumah
BalasPadamRimbun semua pokok ati-ati wak. Cantik! Suka dengan warna,bentuk dan corak daun. Lebih kurang dengan fittonia. Kena kerap siram dan mudah nak semai.
BalasPadamDi Kundasang banyak pokok ati ati ni sebagai hiasan untuk menambahkan warna landscape.
BalasPadamPernah tgok arwah nenek tanam...cantik2 dan pelbagai jenis
BalasPadamAmat cantik...memukau pandangan..terutama si hijau berenda coklat..sekian lama mencari..ada kat sini menetap..kalaulah boleh mendapatkan sedikit keratan cuma...bahgia hati tidak terkira...
BalasPadamIn syaa Allah
PadamFaizah hantar detail post add kat email wak
Ada masa nanti wak hantar.