Jumaat, 18 September 2020

JDT 02

 Salam bertani

Jendela Diari Tani (JDT) yang sempat wak jepret pada minggu ini.



Kakak sulung wak dah jadi orang Negeri Sembilan.
Hari Malaysia yang lepas dia balik kampung.
Bunga kantan merah ni dia bawa balik N9 semua.


Ni pun dia bawa balik N9


Cempedak kampung dari dusun wak.


Anak ayam kampung ni baru menetas, wak dah
pisahkan daripada ibunya.
Ibunya masih lagi mengeram.


Budak ni numpang kat rumah wak.
Anak wak panggil 'Kent'


Kucing2 wak tak makan nasi.
Makan benda dalam nilah.


Anak wak yang duduk Melaka pesan nak
pokok serai hidup.
Wak dah sediakan.
Nanti balik kampung dia ambil.


Ni hasil daripada hujung halaman aje.


Kudapan petang.
Keladi putih goreng celup tepung bestari.


Pokok buluh madu yang wak tanam baru2 ni
dah mula merimbun.


Anak pokok durian duri hitam ni dah berumur 2 tahun lebih.
Hari2 wak melawat dan berbual dengannya.

Salam bertani.

41 ulasan:

  1. Sama la wak.. Anak bulu PC makan nasi muntah.Ingat main-main rupanya setiap kali bagi nasi muntah.
    Alhamdulillah berbudi pada tanah nikmatnya dapat dinikmati ramai orang.

    BalasPadam
  2. Cantiknya bunga kantan tu.. seronoknya bila dapat berbudi dengan tanah kan..

    BalasPadam
  3. wah..keladi goreng tu..memang lama tak dh tak makan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Keladi goreng tu jenis keladi putih/minyak.
      memang sesuai dibuat goreng atau pengat.
      Tu goreng dengan tepung bestari

      Padam
  4. Wow..berbual dgn pokok...hehe..untung anak anak wak...Moga terus panjang umur Dan murah rezeki wak.. Amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selain berbual, wak selalu doakan pokok2 dan ternakan wak subur dan sihat dan membuahkan hasil yang lumayan.

      Padam
  5. hi Kent! Handsomenya awak... lama tak makan cempedak :)

    BalasPadam
  6. omeynya budak Kent...ALHAMDULILLAH RAJIN BERKEBUN SUMBER NAK JAMU SELERA TIASA ADA

    BalasPadam
  7. Otto boleh berkawan dengan Kent ke Wak?
    Bunga kantan tu merah menyala warnanya!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Otto dan Kent tidur sekandang.
      Dua2 ngam, asyik bergomol aje.

      Padam
  8. Banyak isi cempedak Kampung Wak.
    Kalau anak ayam sangkar kasi alas daun pisang tahan dan OK tak Wak? Sebab daun pisang kalis air sikit

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih mudah gunakan kertas surat khabar sebab senang nak ganti. hari pertama tu wak lapikkan dengan kertas tisu yang lembut di atas surat khabar tu

      Padam
  9. tgk cempedak tu, sedapnya klu time2 ni boleh goreng cucur cempedak

    BalasPadam
  10. Cantiknya bunga kantan merah tu.

    Patutlah hensem Kent..makanan dia kemain special :D

    BalasPadam
  11. untungla wong eneng kebonan , dino2 ngomong kambek pokok duren., ;p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yolah kangji.
      Koncone pokok duren, pokok sawit, pokok getah, lembu karo ayam.

      Padam
  12. Biasa nampak bunga kantan warna pink. Yang warna merah belum pernah nampak lg.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kantan merah ni spesis terhad.
      Susah nak dapat.
      Sama juga bunga kantan warna putih pun susah dapat.

      Padam
  13. omey nya Kent!!! 😍 best kan bila tnmn mengeluarkan hasil

    BalasPadam
  14. bunga kantan sekarang ni mahal, itupun dapat yg tak fresh. best dapat tanam sendiri :)

    ♕Tiara Sapphire♕

    BalasPadam
  15. Untungnya ada tanah luas untuk bertanam, kami walaupun duduk di kampung tapi tak dapat bertanam mana sebab tanah kecil. Menggoda nafsu tengok cempedak tu, hantar sini sikit :D

    BalasPadam
  16. hye kent! omai royal canin tuh..mahaii..pernah bagi kat kucing saya..tapi depa tak minat..suka blackwood lagi...paling suka ikan goremg la

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jangan bagi makanan bergoreng kepada kucing.
      nanti bulunya mudah luruh.

      Padam
  17. Segak Kent.. makan royal canin pulak tuu.. mahal tuuuuu...

    BalasPadam
  18. merah betul bunga kantan tu. kita pun johorean jadi orang nismilan. Kucing kayangan ni wak makan RC.

    BalasPadam
  19. royal canin, mahal tuhhh perghhh, untung Kent haha

    BalasPadam
  20. Makanan kucing sama dengan kucing rumah ni..tapi masih makan kitten hahahaha..lepas ni beli dewasa laa..

    BalasPadam
  21. Tanaman ni semua kalau nak dapat hasil lumayan memang kena belai dan bual2 dengan dia erk wak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu SA. Kena beri perhatian dengan penuh kasih sayang

      Padam
  22. Happy tengok hasil pertanian wak Ni. Semoga selalu murah rezeki Wak.

    BalasPadam
  23. Suka mama lihat hasil2 mcm2 Ada..

    BalasPadam