Isnin, 24 Oktober 2016

So Godog.

Salam bertani.

Pernah dengar orang sebut tajuk tu?
Pernah makan so godog?
Ni WP nak cerita tentang so godog.

So godog ni kalau ditranslate bermakna 'buah belinjau rebus'.
Sekarang ni tengah musim buah belinjau di kebun WP.  Mana-mana pokok belinjau betina sedang berbuah matang berbanding pokok belinjau jantan yang tidak mengeluarkan buah. Selain direbus, buah belinjau boleh juga dibuat emping dan kerepek. Manakala pucuk muda daun belinjau boleh dijadikan sayuran.


Buah belinjau segar yang baru dituai.
Saiznya sebesar hujung jari kelingking.


Buah belinjau yang telah direbus.
Perlu direbus dalam masa yang lama menggunakan api yang kecil sahaja.
Belum pernah guna periuk Noxxa.



Inilah rupa 'so godog'


Buah belinjau (so) mengandungi 3 lapisan kulit.
Pertama kulit luar yang lembut.
Kedua kulit cengkerang yang keras.
Ketiga kulit selaput isi.


Inilah isi so godog yang sangat enak dimakan.
Isinya tak akan empuk walaupun direbus lama.
Rasanya sedikit pahit, lemak, lembut dan kenyal.


Putik buah belinjau. Pokok belinjau tidak berbunga sebaliknya
akan mengeluarkan putik buah. Putik buah pokok belinjau betina
sahaja yang akan menghasilkan buah matang manakala putik buah pokok
belinjau jantan akan gugur semuanya.


Putik belinjau membentuk buah.


Buah belinjau muda berwarna hijau. Boleh dijadikan sayuran
dimasak bersama pucuk daunnya.


Buah belinjau mula matang berwarna kuning.
Sudah sesuai dituai dan digodog.


Buah belinjau matang berwarna merah.
Pada masa ini kulit cengkerangnya sudah keras dan memerlukan masa 
yang lama untuk digodog.


Pucuk belinjau yang sesuai dijadikan sayuran.
Enak dimasak tumis air campur dengan tempe.

Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan