Isnin, 17 Oktober 2016

Laman Tani 2.

Salam bertani.

Jom tengok gambar pelbagai jenis tanaman di sekeliling rumah.WP.


Jalan masuk ke rumah WP.
Pokok bunga kertas kawin pelbagai jenis.



Tanaman hiasan dan makanan.


Pokok bunga kertas, pokok ubi badak dan nanas.


Tanaman hiasan di tepi tangga pagar.


Di tepi pagar depan rumah.
Ada pokok keledek daun, pucuk manis, serai dan
pokok pisang 40 hari.


Tanaman orkid.


Di tepi tangga pagar dapur.
Ada pokok cili padi, pucuk manis, pokok orkid,
pokok akar dani (memanjat pagar), pegaga dan pokok
pisang tanduk.


Ada pokok ubi pulut, pokok kunyit, pucuk manis,
pisang berangan, pokok jambu boll dan durian.


Di luar pagar hadapan ditanam pokok hiasan (bonsai),
keledek daun dan nanas sarawak.

Pokok pisang tanduk di dalam dan luar pagar.
Ada juga pokok durian belanda.



Pokok bunga kertas, anak pokok pisang dan anak durian belanda
ditanam di luar pagar.


Landskap di bahagian kanan rumah.


Di belakang rumah.
Kelihatan reban ayam kampung dan pokok longan ping pong.


Di bucu dapur. Pokok jerangau di dalam tempayan antik.
Ada ikan guppy.


Pokok bonsai yang perlu ditrim sebulan sekali.


Tanaman di depan beranda dapur.



Pokok ubi badak (menjalar)


Pemandangan sepanjang tepi pagar kiri.


Semaian pokok halia


Di belakang dapur.
Pokok terung telunjuk, kunyit, cili padi dan reban ayam.


Ada pokok herba pecah beling dan keladi sulur.

Bertani merupakan salah satu riadah dan pekerjaan yang WP lakukan setiap hari.
Selai mengeluarkan peluh, ianya dapat menyihatkan badan dan menenangkan minda.
Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan