Khamis, 13 Oktober 2016

Tanaman Ulam-ulaman.

Salam bertani.

Memakan sayur-sayuran kampung sebagai ulam-ulaman sudah diamalkan oleh masyarakat kita sejak berzaman lagi. Sayur-sayuran tersebut sama ada dimakan mentah atau direbus/celur dahulu untuk melembutkannya dan dimakan bersama nasi panas . Ulam-ulaman ini enak dimakan bercicahkan sambal belacan, budu atau pun cencaluk. Ada juga ulaman yang dijadikan bahan campuran kerabu atau keluban, sup dan juga rojak.

Mengamalkan pengambilan ulaman dalam diet pemakanan kita banyak memberi manfaat kepada kesihatan tubuh badan. Kebanyakan ulaman tersebut berfungsi sebagai penambahkan selera makan, mengandungi khasiat herba yang boleh meredakan pelbagai penyakit dan ianya bebas dari pencemaran racun perosak. Menanam sayuran ulaman juga tidak susah dan boleh dituai bila-bila masa apabila diperlukan.




Pokok semangkuk. Pucuknya direbus untuk diulam.


Pokok tenggek burung. 
Mengandungi pelbagai khasiat herba.


Pokok cekur.
 Buat urap/ keluban memang sedap.


Daun pegaga dimakan mentah sebagai ulaman
bersama sambal belacan. 


Buah timun tikus.
Ulaman yang ada nilai herba


Jantung pisang direbus dahulu untuk dijadikan ulaman


Pucuk serai kayu. Ulaman herba.


Pucuk gajus.


Pucuk jambu boll


Bendi. Dicelur jadikan ulaman


Terung pipit.


Bunga kantan dijadikan bahan ulaman kerabu.


Bunga kunyit


Terung telunjuk


Daun selom.


Pucuk bebuas.


Pokok ulam raja


Kacang kelisa/botor/kecipir.


Pokok kaduk
 

Buah sengkuang


Pokok saderi.
 

Pokok temu pauh.
 Rizomnya merupakan ulaman herba.

Tanaman ulaman di atas sentiasa hidup subur di sekeliling rumah WP mahu pun di kebun sayur.
Kebanyakannya ditanam untuk kegunaan sendiri dan selebihnya untuk dipasarkan.

Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan