Ahad, 16 Oktober 2016

Laman Tani 1

Salam bertani.

Sebagai seorang petani, WP menanam apa sahaja tanaman yang bermanfaat di sekeliling rumah. Ada pokok buah-buahan, sayur-sayuran, herba dan  pokok hiasan. Tanaman yang menghijau di sekeliling rumah sudah tentu dapat memberi ketenangan dan menyejukkan mata kepada penghuninya disamping menjadi hiasan luaran dan dijadikan hasil sampingan dan makanan.

Jom layan gambar.


Pandangan daripada jalan kampung.
Ada tanaman hiasan, buah-buahan dan sayuran kampung.


Tanaman pagar tepi jalan kampung.
Tanaman hiasan dan pokok pelam siam.



Wakaf di hujung lot.
Dihiasi tanaman hiasan.


Sebaris tanaman hiasan di tepi pagar.


Sebaris orkid dalam pasu di dalam pagar.




Ada pokok bonsai, tanaman hiasan dan pokok nanas sarawak.
Kelihatan rumah jiran di seberang jalan kampung.


Pokok buah-buahan dan tanaman hiasan di tepi jalan.


Tanaman hiasan di dalam pasu


Ada tanaman hiasan, pokok ubi pulut dan cili padi.


Tanaman di belakang rumah.
Ada pokok kunyit, temu pauh, keledek daun, kangkung menjalar,
pucuk manis dan pokok ubi pulut. Latar belakang pokok durian tembaga.


Ada pokok kelapa matak, pokok pegaga,
pucuk manis, lengkuas dan jambu air.


Sayur raja/remayung, pokok nanas sarawak dan pisang nangka.


Nanas sarawak, pucuk manis dan pelbagai jenis pisang.


Kawasan di belakang rumah.
Pokok belimbing buluh, pokok kunyit, pucuk manis, 
pokok kantan dan sayuran menjalar.



Pokok lempoyang, kunyit, pucuk manis dan pokok pisang tanduk.



Sebaris pokok pisang tanduk.


Pokok durian belanda, beberapa jenis pisang dan ubi kayu
ditanam di luar pagar rumah.


Sepohon timun tikus menjalar di pagar.


Sebaris tanaman hiasan dan cili padi dalam pasu.

Bersambung......
Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan