Isnin, 10 Oktober 2016

Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3)

Salam bertani.

Mulai hari ini anak-anak kita yang bersekolah di tingkatan 3 akan menghadapi satu peperiksaan penting iaitu Pentaksiran Tingkatan 3 ( PT3). Pentaksiran Tingkatan 3 mengandungi beberapa komponen seperti peperiksaan bertulis, ujian lisan dan membuat kerja kursus. Peperiksaan yang bermula pada hari ini dan berakhir pada hari Khamis ini adalah ujian bertulis iaitu peperiksaan berpusat sama seperti SRP dan PMR dahulu.

Kepada anak-anak yang menduduki PT3 2016 ini, diucapkan selamat maju jaya dan berusaha sedaya upaya untuk menjawab soalan yang dikemukakan. Berpandukan keputusan PT3 ini nanti, akan menentukan perjuangan anak-anak seterusnya ke tingkatan 4 sama ada ke sekolah berasrama penuh, kolej vokasional, aliran sains dan sebagainya di sekolah harian biasa.


Selamat menghadapi Peperiksaan PT3 2016
10 - 13 Oktober 2016.


Jadual Peperiksan ( isnin dan selasa)

Jadual peperiksaan (rabu)


Jadual Peperiksaan (Khamis)


Selamat menghadapi peperiksan


Good luck for the exam.


Do the best and never give up.
Allah is always with us.


Semoga berjaya.

Aamiin.
Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan