Khamis, 6 Oktober 2016

Anak Ayam Kampung 2

Salam bertani.

Menternak ayam kampung adalah salah satu aktiviti penternakan yang WP jalankan sejak dahulu lagi. Ayam-ayam kampung diternak secara lepas bebas dan masuk ke dalam reban pada waktu malam. Anak-anak ayam yang baru menetas akan dikurung di dalam rumah didik selama 4 minggu berama-sama ibunya. Selepas itu ibu ayam akan dikeluarkan daripada rumah didik dan diasingkan daripada anak-anaknya supaya ia cepat bertelur untuk mendapatkan anak-anak ayam yang baru.


Anak-anak ayam kampung yang baru menetas.
Ada 2 ekor berwarna putih.


Si putih  dan adik- beradiknya dijaga oleh ibunya di dalam
rumah didik.


Si putih dan adik beradiknya.


Telah dipisahkan daripada ibunya selepas berumur 4 minggu.
Anak-anak ayam diberi makanan dedak pemula dan jagung hancur dua kali sehari.


Si putih semakin membesar.


Berumur satu bulan.


Telah dipindahkan ke reban yang lebih luas.


Kelihatan si putih paling besar.


2 ekor putih.
1 jantan dan 1 betina.


Si putih sekarang.
Sudah besar dan sihat.


Si putih sudah mempunyai adik-adik baru.

WP hanya menternak ayam kampung secara kecil-kecilan untuk kegunaan sendiri. Hasil daging ayam kampung dan telur ayam kampung untuk keperluan WP sekeluarga dan belum berhasrat untuk dikomersialkan.


Catat Ulasan