Jumaat, 3 Julai 2020

Tebang Pokok Palma Pinang Merah

Salam bertani

Wak menanam pokok pinang merah ini kira-kira 20 tahun yang lalu di tebing kolam ikan yag terdapat di dusun. Hari ini kolam ternakan ikan tersebut sudah tidak berfungsi kerana sudah cetek dan kurang sumber air. Pokok pinang merah sebanyak 27 perdu ini juga telah terlalu besar dan tidak terjaga.

Wak mengambil keputusan untuk menebang sahaja pokok-pokok pinang merah ini supaya kawasan ini menjadi lapang dan memberi ruang kepada tanaman lain untuk membesar. Sepanjang dua pagian wak bekerja memotong pokok-pokok palma ini menggunakan parang panjang sehingga selesai.




27 pokok pinang merah ditanam sebaris di tebing kolam ikan.


Perdu pinang merah ditebang satu persatu.
Wak gunakan parang panjang untuk memotong
batang pokok pinang merah tersebut.



Tunggul perdu pinang merah yang telah dipotong.


Tinggalkan seperdu untuk kenangan.
Kelihatan anak durian duri hitam di hujung sana.


Kerja-kerja pemotongan selesai selepas dua hari
Kelihatan pokok pulasan dan nangka di hujung.


Kawasan yang lapang dapat beri laluan
kepada tanaman lain untuk membesar.

Salam bertani,

16 ulasan:

  1. Banyak tu.. tebang sorang je ke? Apa petua nak bagi badan kuatni?

    BalasPadam
  2. palma merah ni mahal harganya kat neseri

    BalasPadam
  3. Hebat usaha tuan, moga terus diberkati

    BalasPadam
  4. kena tebang agar terang sikit kebunnya..

    BalasPadam
  5. bila naik merimbun macam ni yg penat nak jaga..hehe

    BalasPadam
  6. Mungkin banyak manfaat bila di tebang tanam tanaman baru ..berkat usaha yang gigit..moga di limpahkan rezeki

    BalasPadam
  7. Sebenarnya mudah membiak juga pinang merah ni.Mudah hidup pun ya juga.Cuma kena rajin kemas pelepahnya tu.

    BalasPadam
  8. dulu masa saya kecil, pokok palma merah ni memang sangat terkenal untuk di tanam... kadang ramai apek tokey nursery datang mencari pokok palma merah untuk dibeli dan dijual semula dengan harga mahal di nursery mereka hehehe

    BalasPadam
  9. Tinggalkan juga untuk kenangan ya wak, sweet pulak

    BalasPadam
  10. baca perdu perdu, teringat pulak blogger perdu cinta..haha..dia da komen kat atas tu..

    BalasPadam
  11. Kekadang dah rasa malas nak kutip pelepah-pelepah tua pokok ni yang dah jatuh, buat nak jadi bahan tolong bara api naik masa bakar di kebun belakang.

    BalasPadam
  12. Jenuh juga nak bersihkan nie ya Wak.. kuat betui Wak, harap ada yang menolong..

    BalasPadam
  13. ohh pokok palma pinang merah namanya. pokok hiasan je lah ni kan. bolehlah tanam pokok lain pulak lepas ni

    BalasPadam
  14. Wah.. sihat dan berpeluh je wak bila berkebun ini.. Seronok tengok wak update aktiviti di kebun ini..

    BalasPadam
  15. Numpang promo ya gan
    kami dari agen judi terpercaya, 100% tanpa robot, dengan bonus rollingan 0.3% dan refferal 10% segera di coba keberuntungan agan bersama dengan kami ditunggu ya di dewapk^^^ ;) ;) :*

    BalasPadam