Isnin, 1 Julai 2019

Incubator (Alat Penetasan Telur Ayam)

Salam bertani.

Baru-baru ini Wak ada membeli sebuah incubator iaitu alat penetasan telur ayam automatik. Wak nak cuba kaedah baru pengeraman telur ayam kampung berbanding cara semula jadi yang biasa.



Inilah alat penetasan telur ayam automatik yang wak gunakan.


Papan pemuka incubator.

1.40 ialah set pergerakan telur setiap 2 jam
Day 19 : ialah bilangan hari
37.5 C ialah suhu di dalam incubator
70.0% ialah kelembapan di dalam incubator.


Boleh memuatkan 56 biji telur ayam.
Boleh juga digunakan untuk telur unggas lain seperti telur itik,
telur angsa dan dan telur burung puyuh.




Telur ayam subur akan menetas selepas 21 hari dieramkan.


Anak-anak ayam yang menetas dimasukkan ke dalam
kotak didik dan dipanaskan menggunakan mentol 25W
untuk beberapa hari.


Lebih kurang 48 ekor yang menetas.


Brouser produk.

Produk ini ringkas dan mudah digunapakai. Cuma kena pastikan air di dalamnya tidak kering dan perlu ditambah setiap dua hari sekali. Kebaikannya telur ayam lebih selamat, tidak pecah atau kotor berbanding menggunakan ibu ayam. Telur yang tidak subur dapat dikesan lebih awal dan bilangan anak ayam yang dihasilkan juga banyak.


Salam bertani.

15 ulasan:

  1. Lebih bersih,selamat dari pemangsa dan mengurangkan kadar kematian.

    BalasPadam
  2. terbaik WP...pelaburan utk meningkatkan pengeluaran..
    masa kecik2 dulu, suka intai ibu ayam tgh mengeram, bising je ibu ayam..dia mesti kenal anak2 dia walaupun guna kaedah moden..

    BalasPadam
  3. BAGUSNYA MEMUDAHKAN KERJA N MENINGKATKAN PRODUKTIVITI

    BalasPadam
  4. ooo...bagusnya... incubator ye nama dia... masa saya alhirkan anak tak cukup bulan 2 tahun lepas... baby duduk dalam incubator juga, 40 hari dalam tu. penuh wayar2 sana sini

    BalasPadam
  5. wahhhhh canggih betul ni wak, takde lah telur tu kene makan biawak ke, kene makan ular ke apa yek... bagus jgk ni kak

    BalasPadam
  6. Wahh petani moden. Semoga terus berjaya wak.

    BalasPadam
  7. wah petani moden,semoga terus berjaya dan dimurahkan rezeki WP =)

    BalasPadam
  8. lebih bersu=ih.. lebih selamat.. terbaik WP!!!

    BalasPadam
  9. Baru tau and tengok camni rupanya alat penetasan telur. Canggih kan sekarang? macam2 ada...Kalau dulu masa kecik2. Selalu pi kacau ibu ayam dok tengah mengeram telur dia. Punyalah ayam tuh marah..terus dia bangun dan dikembangkan kepaknya...mencicit kami lari. HAHAHAH~

    BalasPadam
  10. Wahhhhh.....
    Ingat manusia je masuk inkubator hahahhaa...
    Yang telur tu jadi mcm mana WP? Keras kejung ke

    BalasPadam
  11. Wah.. Bagusnya.. Lebih mudah ye WP..

    BalasPadam
  12. teknologi negara kita semakin maju kan...

    BalasPadam
  13. Teruskan usaha mulia ini dan wariskan kepada generasi mendatang ....mudah-mudahan pertanian negara kita bertambah maju.Pertanian itu perniagaan.

    BalasPadam
  14. alhamdulillah, sangat bermanfaat alat ni untuk pertanian moden..

    BalasPadam