Sabtu, 6 Julai 2019

Patah Sayap

Salam bertani.


Si Hitam ini adalah anak ayam kampung baka siam peliharaan 
wak yang berusia dua setengah bulan. 
Istimewanya Si Hitam ini adalah kerana ia mempunyai satu sayap sahaja.


Sayap sebelah kanan Si Hitam terputus semasa ia berumur
sehari selepas menetas.
 Sejak itu ia membesar dengan satu sayap sahaja.
Walau pun mempunyai sebelah sayap ,
 Si Hitam membesar dengan sihat dan lebih besar daripada
 adik-beradiknya seramai 11 ekor.


Si Hitam hanya ada sebelah sayap di sebelah kiri.
Wak  berhasrat untuk menjadikan Si Hitam sebagai
'ayam jago' sebab keistimewaannya mempunyai sebelah sayap sahaja.

Salam bertani.

10 ulasan:

  1. Kesiannya kan ada sayap satu aja.. tapi nasib lah sihat elok ja..

    BalasPadam
  2. sy takut dgn ayam 😂😂😂 kecik2 dulu gagah betul hadap ayam, besar2 ni penakut

    BalasPadam
  3. unikk ayam ni.. salam kenalan.. baru follow WP :)

    BalasPadam
  4. Walau cacat tetap berjasa...

    BalasPadam
  5. Alhamdulillah.Sihat.Moga terus membesar ya Hitam.

    BalasPadam
  6. Allahu Akbar! Semoga Si Hitam membesar sebagai jagoan!!

    BalasPadam
  7. Ala kesiannn....Ayam kurang upaya ye...takpe yg penting hitam itu menawan

    BalasPadam
  8. Walaupun satu sayapnya, si hitam tetap macho.. :)

    BalasPadam
  9. Kesian plak tengok patah sayapnya...

    BalasPadam