Isnin, 15 Julai 2019

Terlepas Pandang

Salam bertani

Pada pagi ini semasa Wak meronda-ronda kawasan dusun, terbau wangian buah nangka masak apabila melalui sepohon nangka madu. Baru Wak teringatkan buah nangka kembar yang dibungkus lebih empat bulan yang lalu. Pastinya sudah terlewat untuk dituai.

Beberapa minggu ini wak asyik sibuk dengan tuaian hasil buah-buahan bermusim sehinggalah terlupakan buah nangka yang istimewa ini. Mungkin bukan rezeki, buah nangka madu ini sudah 'luput tarikh' kerana terlalu masak.

Begitulah adat resam manusia, bila dapat yang lebih baik (musim durian), yang sentiasa berjasa dilupakan.


Buah nangka madu J33 kembar dua yang baru dibuka bungkusannya.
Sudah 'overdue'


Mungkin sudah masak lebih daripada seminggu.
Menunggu masa untuk gugur ke bumi sebagai baja organik.


Inilah putik nangka madu kembar dua yang tersiar dalam entri
'MB 76 : Kembar' pada 04 Mac 2019.


Salam bertani.

19 ulasan:

  1. Sayangnya. Takda rezeki

    BalasPadam
  2. Sayangnya Pakcik. Namun, apakan daya bukan rezeki kan.

    BalasPadam
  3. sygnya wak.... takpe lah pasni wak kene bt jadual utk semua buah2 yg tgh berbuah menunggu msa masak...

    BalasPadam
  4. alah sygnza wak.. bukan rezeki wak. BTW salam kenal saya blogger dari sabah :)

    BalasPadam
  5. Alaaaa sayangnya...tak cuba belah ke..mana tau masih ada yang boleh dimakan...

    BalasPadam
  6. Sayangnya wak. Takpe ada rezeki lebih baik tu.

    BalasPadam
  7. Alahai WP, ini semua sebab durian la ni terlupa pd yg ini. Hehehehe

    BalasPadam
  8. Semoga akan digantikan dengan yg lebih baik nanti

    BalasPadam
  9. Allahuakbar..kalau dikira sayang memang sayang sangat...ralat sangat kan Pakcik WP..tapi pasti ada hikmahnya.InsyhaAllah akan datang moga berganda lagi rezekinya.Aamiin.

    BalasPadam
  10. Sayang seribu kali sayang... tapi nak buat camana kan.. takde rezeki kali ini. In shaa Allah lepas ni adalah rezeki tu :)

    BalasPadam
  11. alorhhh sedhehhhh..bukan rezeki, tak apa lah...insya'Allah ada rezeki lain menanti...

    BalasPadam
  12. Allah.. sayangnya, tak apa lah ada rezeki lain nanti..

    BalasPadam
  13. Alahaii sayangnya.. tapi tak apalah bukan rezeki untuk dimakan

    BalasPadam
  14. Alahai Kalau masak sgt x leh buat cekodok ke. Sayangnya

    BalasPadam
  15. alahai sayangnya tak pe xde rezeki tu, insyaAllah ada rezeki lain tu nanti

    BalasPadam
  16. Sayangnya.. tak Ada ke seulas dua yg boleh dimakan WP..

    BalasPadam