Isnin, 8 Julai 2019

Dusunku

Salam bertani.

Sebahagian daripada hasil tanaman buah-buahan di dusun WP sudah matang dan meluruhkan buahnya. Ada sebahagiannya pula masih menunggu masa untuk matang. Pada pagi ini seperti biasa, wak bekerja di kebun sambil mengutip hasil dan sempat mengambil beberapa gambar untuk dimuatkan dalam entri kali ini.


Kutipan durian pada pagi ini.
Musim durian fasa 2 akan berakhir minggu depan.


Kutipan sulung buah manggis


Sebahagian buah manggis dah mula matang.


Kutipan terakhir buah kuini.


Buah rambutan mula kemerahan


Rambutan jarum emas 


Rambutan anak sekolah


Buah pulasan baru separuh umur.


Duku terengganu kuning mencelah


Agaknya sebulan lagi boleh dituai


Buah cempedak di dalam pagar


Duku JDT masih muda


Nangka madu baru berputik


Pokok serai paha ayam sudah boleh dituai


Pokok kantan merah


Bunga kantan merah


Buah yang last sekali akan matang.

Kira-kira pukul 11.00 pagi wak dah pulang ke rumah.

Salam bertani.

23 ulasan:

  1. Wow.. Durian dan manggis tu..
    Meh jual sikit kat saya.. hehehe..

    BalasPadam
  2. seronok tengok semua hasil..nasib SA takde tanah...kalau ada...dah tanam dah macam- macam pokok

    BalasPadam
  3. segar bugar semua hasil tanaman..

    BalasPadam
  4. Sepanjang tahun dapat bekalan buah-buahan silih berganti kalau ada dusun macam WP nie... Dulu saya pernah nikmati saat2 meriah macam ini paling koman pun buah pisang kan.

    BalasPadam
  5. kita tunggu wak jual durian tapi krik krik jer, tak merasalah durian WP

    BalasPadam
  6. bestnya kerja sendiri ni wak, lagi2 layan dusun yg tgh sibuk mengeluarkan hasil... dana kalau nampak mau teruja, tp wak dh tak heran agaknya kan hehehhe

    BalasPadam
  7. belanja sikit durian wak! hantar ke JB. Haha!

    BalasPadam
  8. Ya Allah wak, rezekinya melimpah ruah tu, adoii, kalo dekat mau saya buat muka tak malu datang bawa bakul berbakul2 boleh tak wak?

    BalasPadam
  9. Hijau..tenang dan mendamaikan....teruskan berbudi pada tanah..

    BalasPadam
  10. banyaknya buah2an & tanaman..Alhamdulillah..

    BalasPadam
  11. Subhanallah wakkk...banyak sungguh nih...klu saya ni mau tak balik2..tinggal kat dusun terus..sukanya tengokkk

    BalasPadam
  12. Alhamdulillah Pakcik. Berbudi pada tanah, pasti membuahkan hasil. Best'nya hari-hari boleh petik buah di dusun sendiri.

    BalasPadam
  13. Syukur sangat-sangat..berbudi pada tanah..bila diusahakan bersungguh..alhamdulillah..ada yang dah dituai..ada yang masih menanti masa masak..bersilih ganti.

    BalasPadam
  14. kalau saya katakan bahawa pokok durian sekarang adalah haasil semaian generasi datuk kita dulu, betul tak?

    maknanya kalau kita nak cucu kita merasai buah durian yang baik, kita kena tanam dari sekarang. kalau tidak, cucu kita akan makan durian impot.

    BalasPadam
  15. Wowww meriahnyaa dusun Wak...
    Kita nak singgah dusun Wak laa hehehehe

    BalasPadam
  16. Pergh hasil terbaik.. Btw klau berminat nak guna bja keluaran fgv, khas untuk buah buahan dan bunga(product baru) boleh refer entry terbaru saya

    https://munirahmohdhasan.blogspot.com/2019/07/baja-penggalak-buah-bunga.html?m=1

    BalasPadam
  17. WOW MERIAH HASIL DUSUN ALHAMDULILLAH

    BalasPadam
  18. wow wow woww..meriahnya, telan air liur jap huhu

    untung kan bertani..bole makan puas2.. bole tambah income..

    BalasPadam
  19. wakkkkkkkkkk...saya dan sis lin nak datang rumah!!!!!!

    BalasPadam
  20. Subhanallah meriah hasilnya WP

    BalasPadam
  21. Geram sungguh lihat kebun WP. Semua buah subur cantik dan molek.

    BalasPadam
  22. Subhanallah inilah kepuasan bila berbudi kpd Tanah kan

    BalasPadam