Pada pagi tadi, wak membaja sebahagian daripada pokok-pokok buah-buahan dewasa di dusun. Wak gunakan baja NPK 12:12:17 (biru) untuk menggalakkan pembentukan bunga dan buah pokok-pokok tersebut. Wak menaburkan baja pada pokok nangka, cempedak, duku, rambai dan durian belanda. Pokok-pokok durian, pulasan dan rambutan telah diberikan baja yang sama pada bulan lepas (sebelum berbunga).
Inilah baja NPK biru yang digunakan.
Baja Nitrophoska cap kuda dan singa.
Kandungan unsur NPK dan lain-lain tertulis di bag baja.
Baja NPK biru sesuai untuk menggalakkan pembentukan bunga
dan penghasilan buah yang berkualiti.
Satu beg 50 kg berharga sekitar RM 130.00
Kandungan unsurnya ditulis dengan warna biru (NPK biru)
Jom membaja
Baja berbutir yang perlu ditabur di sekeliling pangkal pokok.
Gambar-gambar di bawah adalah pemandangan dusun WP yang dijepret pada pagi tadi selepas aktiviti membaja.
Salam bertani.
wah subur2 pokoknya. Alhamdulilah, nikmat berbudi pada tanah.
BalasPadamBestnya WP. Harap one day, tercapai jugak hasrat ada dusun macam WP. Berbudi pada tanah takde ruginya. Kan?
BalasPadamcantik nya kebun wak. sukanya tengok.
BalasPadamSelain vitamin semulajadi dripada tanah itu sendiri..vitamin tambahan perlu juga diberi pada pokok buah-buahan kan pakcik WP..moga terus tumbuh subur dan mengeluarkan hasil yang baik dan berterusan..untuk dimakan sendiri..disedekah dan dijadikan sumber pendapatan juga..aamiin..aamiin..aamiin.
BalasPadamterjaga rapi kebun WP..best..
BalasPadamsekampit tu boleh tahan berapa lama?
BalasPadamooh.
BalasPadamselalu nampak kilang ni tapi baru tahu, ia kilang baja.
huhu
moga menjadi lah semua buah2 wak tu yek, raya nnti nk dtg umah wak la mkn buah hehehhe... tahun ni dana raya kt johor dulu pastu baru ke terengganu hehehhe
BalasPadamsyoknya ada kebun sendiri..
BalasPadamDulu masa saya kerja saya selalu baca nama nama baja ni WP.... tp rupanya tak pernah tau hihi....
BalasPadamBelum di racun ke tu WP, mcm subur je rumput tu
besaq kebunnya...
BalasPadampuas hati kalau tgk hasil tanaman sendiri membuahkan hasil :)
BalasPadamOo inilah rahsia pokok w segar bugar ye
BalasPadamOooo patut la masing2 da berbunga2
BalasPadamsemoga lebat buahnya nanti ya
BalasPadamSaya nak beli baja ini bagaimana caranya
BalasPadamBiasanya ada dijual di kedai2 pertanian.
PadamTuan, berapa sukatan baja untuk tanaman kontan bagi baja hijau dan biru. Mohon tunjuk ajar.
BalasPadam