Jumaat, 5 April 2019

Ibu Tumpang

Salam bertani

Wak menggunakan ibu ayam denak untuk mengeramkan telur ayam kampung dan seterusnya memelihara anak-anak ayam kampung tersebut. Telur ibu ayam denak akan diasingkan dan digantikan dengan telur ayam kampung untuk dieramkan secara semula jadi.

Seekor ibu denak boleh mengeram diantara 8 hingga 10 biji telur ayam kampung.  Ibu ayam denak didapati lebih pandai mengeram dan mendidik anak ayam yang baru menetas berbanding ibu ayam kampung.


Ibu ayam denak ini mendidik 16 ekor anak ayam kampung hasil
pengeraman daripada 2 ibu ayam denak.


Ibu ayam denak sangat pandai mendidik anak


Seekor ibu ayam denak bersama-sama anak-anak ayam kampung


Kasih sayangnya tidak berbelah bagi walau pun
hanya memelihara anak angkat.


Anak-anak ayam kampung dipisahkan daripada ibu tumpangnya selepas
berumur 6 minggu.

Salam bertani.

24 ulasan:

  1. telur ayam kampung memang jadi rebutan...

    BalasPadam
  2. Kenapa dipisahkan... kesian la anak ayam tu... hhuhuhu
    Tedi tengah mencari blog untuk difollow, sila roger dalam blog Tedi jika berminat ya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Umur 6 - 8 minggu, anak ayam kampung sudah boleh hidup berdikari kerana sudah mempunyai bulu kasar yang penuh.

      Padam
  3. Sebak pulak tengok anak ayam terpisah dari ibunya. Kenapa perlu dipisahkan, boleh tak WP terangkan. Maklumlah kita tak pandai ilmu bertani ni 😂

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak ayam tidak perlukan ibunya lagi tetapi masih dikurung dengan diberikan makanan dan air. Ibu ayam perlu dilepaskan supaya bebas mencari makanan dan memulihkan diri sebelum bertelur semula.

      Padam
  4. Ibu ayam kampung ni kadang dengan anak sendiri tak peduli kan Pakcik WP..ada juga yang anak sendiri dipatuk dikitai sampai koyak kulit kepala dan ada sampai mati..lagi satu kalau ada dua ibu mengeram,menetas bawa anak sama-sama...salah satu ibu jadi garang..anak dari ibu lain dikerjakan..sebab PC tengok ayam kat kampung macam tu..pening babah dengan mama..itu belum lagi anak baru tumbuh bulu kasar sehelai dua dikepak..ibunya dah nak mengeram lagi..hehehehe..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Anak2 ayam dan ibunya sangat mengenali sesama sendiri.
      Kalau anak ibu lain memang dia kan kitai.

      Padam
  5. dulu saya berani dengan ayam. bila dah tua takot, nanti dia terbang ke patuk ke.

    huhu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ibu2 ayam moden sekarang okay kot.
      Tak kejar atau patuk orang lagi.

      Padam
  6. Pandainya ibu denak jag anak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tapi perlu dikurung.
      kalau tidak dia akan tidur atas pokok.

      Padam
  7. oo camtu ke ayam denak kot biasa tengok tapi tak tahu ayam mana,, adoi camtu lah mak ayam kampung,, sekali kais sampai kan anak terguling banting.. huu.. perit tengok mak bela ayam dulu2 :D..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ayam denak ni kira baka ayam hutanlah.
      Saiznya kecil berbanding ayam kampung dan cuping telinganya ada warna putih.

      Padam
  8. murah rezeki..nilah hasil nya ..alhamdulillah

    BalasPadam
  9. Balasan
    1. Ayam denak ni hanya bela untuk suka2 aje, tak boleh bela banyak2 sebab saiznya kecil, telurnya pun kecil. Jadi telurnya jarang2 dieramkan dan ditukarkan dengan telur ayam kmpung.

      Padam
  10. pandai ibu denak.. mudah kerja mengeram

    BalasPadam
  11. Ohhh. boleh juga camni rupanya.. baru tau.. hehe.

    BalasPadam
  12. numpang share ya min ^^
    Hayyy guys...
    sedang bosan di rumah tanpa ada yang bisa di kerjakan
    dari pada bosan hanya duduk sambil nonton tv sebaiknya segera bergabung dengan kami
    di DEWAPK agen terpercaya di add ya pin bb kami D87604A1 di tunggu lo ^_^

    BalasPadam
  13. Macamana yg dikatakan pandai mendidik anak tu WP?
    Hebat jugak ye kalau mcm tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dia akan terima anak siapa pun.
      kalau ayam kampung sangat mengenali anak2nya.
      Anak ayam lain akan dikitainya sampai mati.
      Lagipun dia tak kuat mengais macam ayam kampung sampai tonggamg terbalik anak2ya.

      Padam
  14. subhanallah...ayam pun ada taktik mengasuh..

    BalasPadam