Jumaat, 22 April 2016

Pokok Keladi Putih

Salam bertani.

Ada pelbagai jenis pokok keladi yang ditanam di negara kita. Hasil utama tanaman keladi ialah umbisinya sama ada untuk di rebus/kukus, digoreng, disayur, dibuat pengat dll. Hasil lain adalah batang keladi yang boleh dibuat sayuran serta anak dan sulur keladi.

   Pokok keladi sesuai ditanan di tanah rendah yang lembap seperti tanah gambut atau lembangan sungai dan  memerlukan pencahayaan seratus peratus. Tanah yang keras dan padat kurang sesuai kerana akan menyukarkan kita untuk menuai hasilnya.

   WP sedang menanam keladi putih (ada juga yang menyebutnya keladi minyak) untuk kegunaan sendiri dan sebahagiannya dijual di pasar tani. Keladi putih ini tidak mengeluarkan sulur tetapi sebaliknya mengeluarkan banyak anak pokok yang tumbuh melalui umbisinya. Anak pokok keladi putih akan dituai bersama induknya untuk dijadikan sayuran.



Sepohon anak keladi putih.


Mengeluarkan anak pokok melalui umbisinya.
Tidak menghasilkan sulur.


Ditanam di tanah gambut yang kaya dengan bahan organik.



Cepat mengeluarkan anak yang banyak.


Ditanam sebaris secara berbatas


Pokok keladi putih dewasa yang subur


Anak-anak pokok keladi putih


Tanaman keladi putih dewasa


Batang dan umbisi keladi putih paling sesuai dijadikan sayuran
kerana tidak gatal.


Umbisi keladi putih
RM3.50 sekg.

Umbisi keladi putih agak kenyal dan kurang empuk berbanding keladi cina atau keladi mawar. Ia sangat sesuai dibuat pengat kerana tidak hancur dan dijadikan keladi goreng dengan memotongnya nipis-nipis. Keseluruhan batang keladi putih boleh dijadikan sayuran kerana ianya tidak gatal.

Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan