Ahad, 17 April 2016

Peria Hutan.

Salam bertani.

Sejak  setahun dua ini, kehadiran pokok peria hutan sebagai rumpai di kebun semakin menyerlah. Ia didapati hidup subur dan cepat menguasai ruang terutama di kebun kelapa sawit, dusun buah-buahan, padang ragut dan tanah lapang. Pokok yang menjalar dan melilit ini dapat menandingi rumpai lain dengan cepat dan dalam masa terdekat akan menjadi rumpai utama di kawasan penanaman.

    WP memberikan namanya "peria hutan" kerana pokoknya sama dengan peria katak atau peria sayur terutama dari segi bentuk daun, bunga dan baunya. Cuma buahnya saja yang sangat kecil,  hanyalah sebesar ibu jari orang dewasa. WP belum pernah mencuba untuk menjadikannya sayuran atau ulaman seperti peria katak.

     Bagi petani, pokok ini dianggap rumpai yang perlu dihapuskan kerana ia cepat menjalar, melilit dan memanjat pokok tanaman. Mengeluarkan bunga dan buah yang banyak dan menghasilkan biji benih yang mudah tersebar dan tumbuh di serata kawasan.



Anak benih pokok peria hutan sama seperti peria katak dan peria sayur.
Menghasilkan sulur paut untuk memanjat.


Tumbuh di kawasan padang ragut.
Tidak dimakan oleh ternakan ruminan.
Daunnya lebih kecil.


Mengalahkan rumpai lain dengan cara melilit dan memanjat.


Pokok dewasa mengeluarkan banyak bunga dan buah.


Pokoknya menjalar dan memanjat serta cepat menguasai ruang.


Bunganya sama saperti pokok peria lain.


Sekuntum bunga peria hutan


Putik buah


Buah muda


Buah hampir matang hanya sebesar ibu jari.


Buah yang matang serentak.


Sebiji buah matang.


Biji benih diselaputi lapisan berwarna merah.


Buah matang akan pecah sendiri dan menyebarkan biji benih.



Pelbagai saiz buah peria hutan.


Perbandingan saiz dengan peria katak.


Perbandingan saiz dengan peria katak dan peria sayur.


Belahan buah matang mengandungi 7 biji benih.


Mungkin suatu masa nanti, ada pihak yang boleh membuat kajian tentang keberadaan pokok ini dari segi khasiat perubatannya atau penghasilannya sebagai sayuran kampung atau herba. Atau mempunyai nilai yang sama  seperti pokok peria katak dan peria sayur.

salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan