Isnin, 4 April 2016

Musim Bunga.

Salam bertani.

Musim panas yang berpanjangan ini sebenarnya adalah waktu yang ditunggu-tunggu oleh pekebun buah-buahan bermusim setiap tahun. Biasanya pada keadaan seperti ini, pokok-pokok buah-buahan bermusim akan mula mengeluarkan bunga dan seterusnya akan berbuah. Ini menandakan musim buah-buahan akan tiba beberapa bulan akan datang. Jangkaannya musim buah-buahan akan tiba masa kemuncaknya selepas hari raya nanti.

   Nampaknya musim bunga pada kali ini berlaku berperingkat-peringkat. Ada pokok buah-buahan yang telah mula berbunga dan ada yang baru mengeluarkan pucuk baru. Pokok buah-buahan yang mengeluarkan pucuk baru akan berbunga lewat sedikit daripada musim biasa.


Pokok buah-buahan bermusim yang paling awal berbunga ialah pokok kuini.
Ia menjadi penanda aras menunjukkan musim bunga akan bermula.


Bunga kuini sedang berkembang.


Sepohon kuini yang sedang berbunga.


Pokok durian musang king mula mengeluarkan bunga.


Musim buah-buahan akan bermula dengan buah durian.


Bunga ini akan mengambil masa sebulan untuk berkembang.


Pokok pulasan di antara yang awal berbunga.


Pulasan sudah berputik sekarang.


Walau pun berbunga awal, buah pulasan matang lewat.


Rambutan jarum mas mula berbunga.


Berbunga selepas mengeluarkan pucuk baru.


Memerlukan cuaca yang panas untuk berbunga penuh.

Pokok kuini, durian, pulasan dan rambutan sudah mula berbunga. Pokok-pokok buah-buahan lain seperti cempedak, manggis, duku, dokong dan rambai masih belum berbunga. Musim buah-buahan pada kali ini mungkin agak panjang kerana kebanyakan pokok buah-buahan mengeluarkan bunga berperingkat-peringkat akibat faktor cuaca yang tidak menentu.

Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan