Rabu, 20 April 2016

Kebun Buah-buahan 3.

Salam bertani.

WP akan mempastikan setiap hari mesti menjenguk kebun buah-buahan yang terletak di belakang rumah. Apatah lagi sekarang adalah musim panas, beberapa anak pokok buah-buahan yang berusia kurang setahun perlu disiram. Kerja-kerja menguruskan  dusun sentiasa dilakukan seperti menebas, meracun rumpai, merumput, membersihkan parit, membungkus buah dll.

   Perkembangan dusun buah-buahan sempat dirakam untuk tatapan dan rekod.



Putik buah nangka siam.


Buahnya di pangkal dan terletak di atas tanah.


Putik buah nangka madu.


Buah nangka madu. Perlu dibungkus untuk 
mengelakkan kerosakan.




Buah delima merah.


Pokok jambu bol mula berbunga.


Bunga jambu bol sedang mekar.


Putik buah longan ping pong.

Buah longan ping pong hampir ke tanah.
Perlu dibungkus untuk mengelakkan serangan kelawar.





Limau kasturi sedang lebat berbuah.


Pokok limau purut yang baru ditanam sudah berbuah.


Pelam epal sedang berbunga.



Putik buah pelam epal.



Jambu batu lohan sudah belajar berbuah.


Bunga belimbing besi.


Buah belimbing besi.


Buah belimbing besi perlu dibalut untuk
mengelakkan serangan lalat buah.


Bunga rambutan jarum mas. Rambutan budak sekolah
dan rambutan gading juga sudah mula berbunga.


Pokok durian musang king berumur 5 tahun mula berbunga.


Musim buah durian dijangka bermula awal raya.
Durian kampung dan durian tembaga juga sedang berbunga.



Pokok kelapa anak matak berumur 3 tahun mula
mengeluarkan seludang.


Tandan pertama kelapa anak matak ada 
sebelas putik buah.




Pokok nanas sarawak sedang berbuah pelbagai peringkat.


Nanas sarawak yang baru dituai.





Seperdu pisang lilin. Buahnya hampir matang.


Pisang tanduk sedang berbuah.


Pisang nipah berbuah muda.



Beberapa pokok belimbing buluh sedang berbuah lebat.


Pokok kuini sedang berbunga sekarang.


Sebahagian pokok pulasan sudah berputik
tetapi sebahagian besar belum berbunga.


Pokok mahkota dewa dan hasilnya.


Pokok durian belanda galak berbunga.


Buah durian belanda muda.

Sebahagian pokok buah-buahan bermusim sedang berbunga sekarang dan sebahagian lagi belum berbunga. Pokok buah-buahan tidak bermusim sentiasa mengeluarkan hasil. WP sentiasa mempastikan penjagaan dusun buah-buahan agar pokok yang ditanam sentiasa subur dan dapat mengeluarkan hasil seperti diharapkan.

Salam bertani.






2 ulasan: