Rabu, 6 April 2016

Tanaman Pisang 5 : Pokok Pisang Raja Talun.

Salam bertani.

Ada beberapa rumpun pokok pisang raja talun yang hidup subur di kebun WP. Buah pisang raja talun merupakan buah pisang yang ke dua terbesar selepas buah pisang tanduk. Walau bagaimana pun, hasil sepohon pisang raja talun lebih berat/banyak berbanding hasil pisang tanduk.

     Kegunaan buah pisang raja talun lebih kurang sama sahaja dengan pisang tanduk. Ia tidak sesuai dimakan sebagai pencuci mulut kerana saiznya yang besar .Kebiasaannya buah pisang raja talun yang masak akan dijadikan pisang goreng. Rasanya lebih enak kerana ia tidak masam dan tidak mudah lembik apabila masak ranum. Ia juga boleh dijadikan kerepek pisang, pengat pisang atau kek pisang.
Buah pisang raja talun yang masak beraroma wangi dan isinya berwarna kekuningan.




Pokok pisang raja talun


Sepohon pisang raja talun mula berbuah.



Buah pisang raja talun muda dan jantungnya,


Jantung pisang raja talun boleh dijadikan sayuran.



Sepohon pisang raja talun yang telah berbuah dan mengeluarkan sulur.


Buah pisang raja talun.


Buahnya besar dan berat.


Buah pisang raja talun hampir matang.


Sulur pisang raja talun yang dijadikan anak benih.


Anak benih pisang raja talun perlu dipindahkan apabila
induknya ditebang.



Buah pisang raja talun yang masak setelah diperam.


Perbezaan saiz pisang raja talun dengan pisang kapas.


Buah pisang raja talun yang dijual di pasar tani.
RM3.50 sekilogram.


Isi pisang raja talun berwarna kuning dan beraroma.




Pisang raja talun goreng.


Kerepek pisang raja talun.

Pisang raja talun belum ditanam secara komersial seperti pisang tanduk. Ia hanyalah ditanam secara kecil-kecilan di sekeliling rumah. Mungkin masih ramai yang tidak mengenali pokok pisang raja talun, apatah lagi menikmati rasa buahnya yang beraroma dan lazat. Anak benih pisang ini juga masih sukar didapati dan terhad bilangannya.

Salam bertani.


Catat Ulasan