Isnin, 11 April 2016

Pokok Selaput Tunggul.

Salam bertani,

Pokok selaput tunggul merupakan rumpai yang banyak terdapat di kebun WP. Ia adalah pokok berbatang lembut yang menjalar dan melilit pokok-pokok lain. Sekiranya dibiarkan, pokok selaput tunggul sangat cepat merebak dan membiak sehingga boleh menjejaskan kesuburan tanaman kita. Pokok selaput tunggul sangat kuat menggunakan nutrien, mencuri ruang  sehingga menutupi tanaman yang kita tanam dengan cara memanjat dan melilit.

   Pokok selaput tunggul cepat berbunga dan mengeluarkan bunga yang banyak. Bunga yang matang akan menghasilkan anak benih yang boleh disebarkan oleh angin, air mahu pun haiwan. Ia juga boleh menbiak melalui batangnya yang mampu mengeluarkan akar apabila terkena medium.

   Pokok selaput tunggul yang tumbuh di kebun perlu dihapuskan sebelum berbunga. Ia boleh dikawal secara mekanikal sekiranya tumbuh bersama-sama tanaman yang kita tanam atau telah melilit tanaman. Cara yang paling berkesan untuk mengawalnya ialah dengan menggunakan semburan racun rumpai jenis sistemik dan pracambah..


Anak pokok selaput tunggul yang tumbuh melalui biji benih.


Anak pokok selaput tunggul mula memanjat pokok tanaman.


Pokok selaput tunggul gemar memanjat tunggul untuk
mendapatkan cahaya matahari.


Tunggul pokok yang diselaputi pokok selaput tunggul.


Sehelai daun selaput tunggul.
Mempunyai khasiat perubatan.


Hidup subur di bawah pokok buah-buahan yang baru
dipangkas kerana mendapat bekalan cahaya matahari yang cukup.


Memanjat dan melilit ranting pokok yang dipangkas.
Mengeluarkan bunga yang banyak di kawasan lapang.



Mengeluarkan pucuk berbatang lembut untuk melilit dan memanjat.



Bunga yang belum mekar.


Bunga yang sedang mekar.


Bunga matang yang mengandungi biji benih.
Bunga akan diterbangkan oleh angin dan membiak di tempat baru.

Pokok rumpai selaput tunggul yang ada di kebun WP selalu dipotong oleh penternak kambing dan arnab untuk dijadikan makanan ternakan tersebut. Bunga selaput tunggul juga digemari oleh lebah dan kelulut ternak untuk mendapatkan madunya.

   Pokok selaput tunggul juga mempunyai khasiat perubatan. Ia dikatakan boleh menjadi penawar luka untuk memberhentikan darah. Ia juga boleh dijadikan penawar bagi penyakit darah tinggi dan kencing manis. Malah ada yang menggunakan daun mudanya sebagai ramuan nasi kerabu.Waulahualam.

Salam bertani.

3 ulasan:

  1. Alhamdulillah
    satu lg ikhtiar utk jd asbab sembuh buat penyakit 3serangkai
    Makan nasi buat ulam sedap
    Insyallah
    Buat yg ada darah rendah hanya 3helai sahaja jgn lebih2 taw
    Selebihnya Sama2 kita tawakkal 100 percent kpd prnciptanya..
    Allah#

    BalasPadam
  2. Kawan pak cik saya mrngamalkan memakan sehelai daun selama 60 hari. Kesannya BP kembali normal dan beliau telah menghentikan pengambilan ubat atas nasihat doctor.

    BalasPadam