Salam bertani
Tajuk : Sayur-sayuran Kampung
Tarikh : 07 Oktober 2015
Salam bertani.
Rabu, 18 September 2019
Selasa, 17 September 2019
Ibu Denak
Salam bertani
Wak ada memelihara beberapa ekor ayam hutan yang dijinakkan disamping ternakan ayam kampung.
Ayam-ayam hutan peliharaan ini hidup lepas bebas dan tidur di atas pokok pada waktu malam. Ayam hutan betina biasanya akan bertelur 6 biji dan mengeramkan telurnya hingga menetas. Ibu ayam hutan akan memelihara anak-anaknya sehinggalah ia bertelur semula.

Ibu denak sedang mengeram .
(12 biji telur daripada 2 ibu denak)
Ibu denak memelihara 12 ekor anak
(kesemua telurnya menetas)
Anak-anak denak ini sudah berumur sebulan.
Bentuk dan warna kesemua anak denak sama sahaja.
Anak-anak ayam denak.
Anak-anak denak ini sudah boleh terbang tinggi jika diganggu.
Isnin, 16 September 2019
Ahad, 15 September 2019
Memangkas Pokok Pulasan.
Salam bertani
Musim buah-buaha sudah berakhir. Sekarang wak tengah sibuk memangkas pokok pulasan walau pun ada hasilnya yang tak sempat dikutip. Pokok pulasan perlu dipangkas selepas berbuah untuk mendapatkan bentuk baru yang rendang serta mengembalikan kesuburan pokok. Wak hanya menggunakan gergaji tangan untuk memotong dahan-dahan kecil dan sederhana besar. Kerja-kerja pemangkasan pokok pulasan mungkin mengambil masa dua minggu untuk disiapkan. Selepas itu wak akan memangkas pokok rambutan pula.

Keadaan sepohon pulasan selepas dipangkas
Dahan potongan disusun dan dibiarkan reput.
Tunas-tunas baharu akan keluar selepas dua minggu dipangkas.
Sepohon lagi selepas dipangkas
Bahagian potongan disembur cat untuk mengelakan
kekeringan atau serangan kulat.
Keadaan pokok pulasan yang belum dipangkas
Buah pulasan yang tak sempat dituai.
Pokok pulasan ini kelihatan subur dan rendang selepas
setahun dipangkas. Akan berbunga pada musim buah akan datang.
Sepohon lagi pulasan selepas setahun dipangkas.
Salam bertani.
Rabu, 11 September 2019
Selasa, 10 September 2019
Ikan Puyu
Salam bertani
Kawasan tempat wak sekarang tengah musim kemarau sebab sudah lama tak hujan. Air sungai pun dah berkurangan. Wak mengambil kesempatan memancing ikan puyu untuk juadah hari ini.
Wak hanya gunakan pancing berjoran buluh dengan umpan cacing tanah. Walau pun sekarang ikan puyu semakin berkurangan, wak dapat juga mendaratkan lapan ekor untuk dibawa pulang.

Hasil sepancingan
Siap siang tiga ekor
Ikan puyu masak asam pedas.
Jemputlah makan.
Salam bertani.
Isnin, 9 September 2019
Langgan:
Catatan (Atom)