Salam bertani
Wak nak tunjukkan anak-anak durian klon yang wak tanam di dusun menggantikan pokok getah mulai tahun 2018 yang lepas. Wak tanam berperingkat-peringkat sehingga kini masih ada yang baru ditanam. Wak sedang menjaga dan mendidik lebih kurang 70 pokok anak durian yang perlu dibelai setiap hari.
Penjagaan anak-anak durian yang baru ditanam sangatlah rumit kerana perlukan penyiraman, pembajaan, penyemburan racun serangga dan kulat, kawalan musuh perosak seperti monyet dan babi hutan, pengawalan rumpai dan sebagainya.
Selepas berumur dua tahun, anak-anak durian yang berketinggian melebihi 3 meter lebih mudah dijaga Anak-anak durian akan mula berbunga selepas 5 hingga 6 tahun ditanam.
Banyaknya pokok durian. Mesti luas tanah ni.. Bestnya nanti kalau pokok tu semua dah start berbuah. Dengan pelbagai jenis durian lagi. Terbaik. :)
BalasPadamDusun wak ni dalam 2 hektar (5 ekar) luasnya
PadamMacam2 jenis ada ya wak... tinghal tunggu masa nk berbuah ni ye
BalasPadampelbagai jenis durian yg ditanam dijaga tumbesarannya skjp saja dh boleh kutip hasil 6 tahun bukn lama terlalu cpt masa berlalu
BalasPadamBila nanti semua sudah mengeluarkan hasil, waktu itu rasa tidak sia-sia dulu keringat yang basah dan kering menguruskan pokok-pokok ini kan wak. Bersyukur sangat-sangat.
BalasPadambertahun juga nak tunggu dia berbuah kan
BalasPadamPaling awak pun 5 tahun.
PadamLama tu amik masa untuk berbuah kan....
BalasPadampalin awal berbuah dalam umur 5 tahun.
PadamAda yang 10 tahun baru berbuah pun ada.
in shaa Allah bila tiba masanya merasa lah hasil tanaman durian wak. Kenal wak nama2 jeis pokok durian kan, expert sungguh :)
BalasPadamMuda2 lagi semuanya pokok tu ye
BalasPadamLebih kurang sebaya umurnya. Nanti pakat berbuah sama-sama pulak. Jangan lupa jemput kami makan durian Wak!
BalasPadamIn syaa Allah
Padamwah banyaknya pokok durian..seronok ni kalau berbuah nanti
BalasPadamseronok tanam2 ni.. tapi nak tnggu berbuah tu haihh..
BalasPadamsabarrrr banyak2 tapi mesti excited kan..
Teringin betul nak pergi melawat kebun wak ni. Macam2 pokok ada hidup dengan jayanya.
BalasPadamDurian ni kalau banyak air underground susah nak berbunga. Kena tengok tanah juga la kan.
BalasPadamBanyak hasil wak nanti.
Betul
Padamkena tenguk kesesuaian tanah
kalau kena banjir atau kawasan rendah pun pokok boleh mati sekiranya air bertakung.
syoknya banyak pokok durian...
BalasPadamThanks wak sharing. Dapat ilmu baru tentang menjaga anak pokok durian. Rumit juga tapi hasilnya berbaloi
BalasPadamPenjagaan anak pokok durian yang baru tanam memang rumit.
PadamKalau dah umur dua tiga tahun tu baru senang sikit.
Wak.. nanti kalau ada duriannya nak pergi beli dgn wak boleh?
BalasPadamIn syaa Allah
PadamWow macam-macam jenis pokok durian ada
BalasPadamBeberapa tahun lagi bakal berhasil ni. Banyak jenis durian boleh rasa.
BalasPadamAda berperingkat2.
Padamada yang dah buah, ada yang sedang
ada yang baru tanam.
Camana wak boleh ingat jenis dan bila tanam? Wak catit kat buku ke, atau wak ada buat label kat pokok? Hehe.. saya dulu selalu letak sticker kat pasu, kat anak pokok sayur, nak tengok berapa lama keluar hasil. Tapi lama-lama dah malas pulak.
BalasPadamWak main ingat dalam kelapa aje.
PadamLagi pun kebanyakan jenis pokok durian ni wak kenal daripada bentuk daunnya.