Sabtu, 19 Disember 2020

10 Budak Hitam

 Salam bertani

Wak ada membeli 10 ekor anak ayam kampung kacuk (AKK) berwarna hitam hampir sebulan yang lalu. Wak pelihara bersama-sama 18 ekor anak ayam kampung kacuk yang wak eramkan sendiri menggunakan incubator penertasan telur. Alhamdulillah kesemua 28 ekor anak ayam tersebut hidup sihat dan semakin membesar.


Anak-anak AKK hitam berumur sehari.
Harganya RM3.20 seekor.


Anak AKK hitam berumur sehari bersama AKK perang
 berumur 5 hari dipelihara dalam sangkar didik 
(brooder) dipanaskan oleh mentol 40w.


Anak-anak ayam dipindahkan ke reban berlantai tinggi
selepas berumur 20 hari. Sudah tidak perlu
diberikan mentol.


Budak2 hitam kelihatan kecil sedikit daripada budak2 perang
kerana umurnya kurang beberapa hari.


Keadaan ternakan anak ayam pada pagi ini.
Berumur hampir sebulan.


Budak2 hitam dan kawan2nya sedang bersarapan.
Akan dipindahkan ke reban  dan lepas bebas 
apabila berumur dua bulan.
AKK boleh mula dituai selepas berumur 3 bulan.


Seekor budak hitam terpilih untuk bergambar solo.


Budak perang kelihatan lebih bulat dan berisi.

Salam bertani.

22 ulasan:

  1. Anak ayam masa baby sampailah besar sekepal cute je..hehehehe. nanti bila dah tumbuh bulu kasar sikit-sikit tu lagi suka tengok.

    BalasPadam
  2. masa kecik2 dulu...bila abah jual ayam..sakan menangis. masa tu tak faham konsep jual, ingatkan apek tu datang suka suka je ambik ayam kita.

    BalasPadam
  3. gemuk2 ayam wak, baru tau harga anak ayam hehe

    BalasPadam
  4. comelnya...

    takpe, besar nanti boleh jadi rendang eh...

    huhu.

    BalasPadam
  5. Hidup sihat semuanya. Alhamdulillah. kejap je 3 bulan dah boleh dituai.

    BalasPadam
  6. untung la dak itam tu dapat bergambar solo..haha

    BalasPadam
  7. Itu bukan perang... itu Oyen... hehehe

    BalasPadam
  8. suka tengok..bagaikan terapi minda. menenangkan

    BalasPadam
  9. comel pula tengok budak2 hitam tu masa kecil

    BalasPadam
  10. bestnya dapat makan ayam dara ni.
    lembut je isi dia kan. biasa makan ayam kecik2 ni kalau travel ke Indonesia. kecik2 ayam nya.

    BalasPadam
  11. CEPAT BUDAK HITAM N BUDAK PERABG MEMBESAR N BOLEH DIJUAL

    BalasPadam
  12. Kiutnya ayam kecik hitam tu tp sygnya cepat jer dh besar jadi mak ayam.. eh bahaya jgk term mak ayam ni 😱😂

    BalasPadam
  13. wahh dri kcik smpai besau bebudak tu...
    heeee =D

    BalasPadam
  14. Lama tak tengok ayam dalam reban sejak arwah nenek dah tak ada sunyi je kampung

    BalasPadam
  15. tngk anak2 ayam dalam reban tu tingat masa arwah atuk masih ada. selalu kami yang cucu2 ni kena p jenguk anak2 ayam. yang dewasa atuk la handle. yang kecik brani pgg la yang besaaar saya lari dulu..

    BalasPadam