Salam bertani
Pada minggu ini wak ada menambah tiga buah kalbat untuk menakung air di dusun menjadikan tiga belas bilangannya. Memandangkan musim hujan akan tiba pada penghujung disember ini, wak ambil peluang untuk menyimpan air bagi persiapan menghadapi kemarau bermula bulan februari tahun depan.
Kalau keadaan biasa, bekalan air di dusun tak akan putus kerana ada parit/tali air yang mengalir di tengah-tengah dusun. Cuma kalau kemarau berpanjangan seperti pada awal tahun ini, parit tersebut boleh kering kontang. Jadi simpanan air di dalam kalbat ini amat membantu.
Dua daripada tiga kalbat takung air yang baru sampai
Siap pasang : satu
Dua
Tiga.
Kalbat akan dipenuhi air hujan apabila hujan turun
pada musim tengkujuh nanti.
Harga kalbat : RM110.00 sebuah
Harga zink : RM18.00 sekeping
Parit/tali air yang terdapat di tengah-tengah dusun.
Air jernihnya sentiasa mengalir digunakan untuk menyiram
tanaman terutama anak-anak durian yang baru ditanam.
Akan kering juga sekiranya musim kemarau berpanjangan.
Salam bertani.
Memudahkan kerja berkebun bila tiba musim kemarau ya wak.
BalasPadambela iakn puyu,haruan pun boleh dalam tu
BalasPadamBAGUS TU TIASA BERSEDIA APA SAJA KEPERLUAN TANAMAN
BalasPadamParitnya comel je wak patut mudah kering... kene dalamkan lagi kot wak... tp yelah persiapan kalau kemarau tidakla susah nanti
BalasPadamIDEA yang baik wak mengunakan zink ke dalam kok. kok bagi nama di utara utk kalbat ini. hehe
BalasPadamSalam WP
BalasPadamBaru tahu ni namanya kalbat.. Rumah arwah atuk dulu mmg ada benda ni untuk menakung air hujan untuk mandian cucu2 yg datang, ada zink jugk di letak macam tu dan ada dua kolah air besar dibuat, yg tu tak boleh guna utk mandi kecuali air dalam kalbat dah kosong. Oh ya, ada kepala paip jugak dipasang pd kalbat tu, ntahlah, sy ingat2 cam tu jer la, hihi
Jernihnya air parit tu Wak.
BalasPadamKami org utara panggil 'kok'. Hampir setiap rumah di kampung ada ni utk simpan air sebab bekalan air selalu terputus terutama di musim perayaan.
baru nk tnye harga piro ., hehehe mantap kangji
BalasPadamala-ala telaga lah kan wak :)
BalasPadamKreatif, saya baru tau namanya kalbat wak hehe
BalasPadamKalbat ni kalau tempat saya dioanggil "koq"
BalasPadamide yang sangat baik. ini bisa bantu pertanian di masa kering. patut ditiru
BalasPadamMula2 kawin dulu puas la fikir apa dia kalbat... culvert rupanya... dah dijawakan
BalasPadamDurian perlukan air, memang susah kalau tiba musim kemarau.
BalasPadamMahal rupanya harga kalbat ni.
Kat rumah mertua ada 1, suka airnya sejuk.
Dulu masa rumah kat kg belum ada air paip,arwah bapak ada beli kalbat ni dua tiga biji.Kalau dekat rumah leyak kalbat tu kena lah masukkan ubat jentik2 sebab air disimpan terdedah gitu je.
BalasPadamOh, saya biasa tengok ni, di ladang sawit. Bagus wak, buat persediaan awal.
BalasPadamBagus ready awal
BalasPadamBagus wak. buat persediaan sebelum berlaku.. oh, peribahasa melayu baru, sediakan kalbat sebeum kemarau. hahaha
BalasPadamkat kampung ada ni ,baru tau apa function dia heheh
BalasPadamJernihnya air tali air tu...bleh rendam2 kaki x wak?
BalasPadamOh kalbat namanya. Balik kampung pernah juga nampak di kebun orang tapi tak pernah terfikir apa fungsinya
BalasPadamJernih tali aitnya
BalasPadamSelalu tengok benda ni kat kampung tak tahu pun apa namanya
BalasPadammemang kena letak zink macam tu ye? patutlah ada nampak orang letak kat kebun kebun.
BalasPadamKenapa x buat empangan kecil utk takungan air dr tali air tersebut.
BalasPadam