Selasa, 1 Disember 2020

Kejar Lauk di Belakang Rumah

 Salam bertani

Pagi ini wak menyembelih seekor itik serati jantan dan seekor ayam kampung betina untuk buat lauk makan tengah hari. Hanya wak seorang sahaja yang makan daging itik manakala pn. is3 dan anak bongsu berlaukkan daging ayam kampung. Operasi memproses dan menyiang wak buat sendiri secara manual sehingga siap.


Lauk segar sedia untuk dimasak.


Wak sembelih laki dia yang besar  tu


Sembelih seekor itik jantan dan seekor ayam betina.


Itik siap dibersihkan bulunya.


Daging itik yang telah siap dipotong.
Daging itik adalah daging merah seperti daging lembu
tetapi bebas lemak.


Tengah hari ini wak makan lauk daging itik masak kicap.
Masak sedikit sahaja sebab wak seorang yang makan.


Salam bertani.

43 ulasan:

  1. Daging itik saya suka stail negeri sembilan. Itik salai masak lemak cili api. Cuma tak suka pedas sangat nanti hilang rasa itik tu. Ewah, pandai makan je, masak tak reti

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kakak wak dah jadi orang nisemilan.
      Dulu masa jadi anak JDT tak makan daging itik pun.
      Sekarang pantang jumpa daging itik, mesti nak salai, mesti nak masak lemak cili api.

      Padam
  2. Owh, kalau tempat saya yang ini dipanggil Itik Nila (itik ni yang bernafas macam semput tu kan.. 🤭)
    Nampak segar & berdaging itik tu. Seharusnyalah lagi sedap dari itik telur tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu itik nila.
      Ikut ic itik mascorvy.
      Dagingnya paling sedap berbanding daging itik telur tu.

      Padam
  3. Sy tak makan daging itik..hehehe
    Best sungguh, mcm2 ada kat rumah wak..segar2 plak tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau nak makan ayam kampung ke, itik ke, cari belakang rumah aje. Tapi kena proses sendirilah.

      Padam
  4. Daging itik jantan tu tak liat ke? Nampak mcm dah lama hidupnya....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau terus masak mungkin liatlah.
      Wak rebus dulu sehingga empuk, lepastu simpat 4 bahagian dalam esbok. Masak 1 bahagian aje tu.

      Padam
  5. daging itik serati kalau masak rendang tersngatlah sedapnya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau orang jawa macam wak atau si Dana tu, prefer masak ungkeplah.

      Padam
  6. Sedap ni wak... itik tu masak ungkep pun sedap kan wak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada lagi stoknya, memang nak masak ungkeplah.

      Padam
  7. Saya tengah rendam itik di sinki. Tak tahu nak masak apa.

    BalasPadam
    Balasan
    1. tenguk kat entri hari tu, dipanggang sekor sedapnya.
      Tapi itik wak ni kalau dipanggang macam tu takut liat pulak.

      Padam
  8. Sedapnyaaa...fav SA ni tapi x pernah lagi masak kicap..nanti nak cuba la wak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak mudahnya macak kicaplah.
      Tapi kalau direndang, ungkep atau masak lemak cili api pun sedap juga.

      Padam
  9. daging itik sedap bg sesiapa yg pernah.. manis isinya

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wak lagi suka daging itik nila ni berbanding daging ayam kampung.

      Padam
  10. Senanglah Wak, nak makan ayam/itik main kejar-kejar je :p

    BalasPadam
  11. saya tak pernah makan itik, apa yang saya takut, saya pun tak tau haha

    BalasPadam
  12. boleh tahan berapa hari stok seekor itik tu sebab wak sorg je yg makan kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin tahan berminggu2.
      Bukan makan setiap hari pun.

      Padam
  13. saya tak pernah mkn daging itik wak..xtahu mcm mana rasanya..

    BalasPadam
  14. Blog kedua yang sy bw ari ni masak itik.. hehehe

    BalasPadam
  15. Wah sedapnya 😋 dah lama tak makan itik

    BalasPadam
  16. Nak cabut bulu itik ni payah sikit dari ayam rasanya kalau secara manual.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena rendam dengan air panas lama sikitlah sampai bulunya basah hingga ke dalam. Baru senang cabut bulunya.

      Padam
  17. Saya tak pernah makan itik.. tak tau lah kut ada termakan sebelum nie tapi tak sedar yang dimakan tu itik.. hehehe..

    BalasPadam
  18. saya tak pernah makan itik.. dalam family pun mak saja yang makan. kena cuba one day.. tapi sbb x biasa kan.. amek masa ni..

    BalasPadam
  19. saya suka itik, dagingnya sedap manis2 gitu...dulu kecik2 pun bapak pernah sembelih itik mak, then mak buat masak kari..

    BalasPadam
  20. Wah! kalau buat rendang itik sedap tu WP.

    Kesian itik tu dah jadi janda huhuhuuu...

    Puan isteri dan anak tak suka itik ek?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sebenarnya ada banyak lagi itik wak kat kandang tu.
      Yang gambar tu dua ekor, yang betina tu dah sembelih dulu.
      Pn is3 wak ni asalnya orang tepi laut, tak kenal itik memanglah tak makan. Ikan air tawar pun tak makan kecuali ikan sepat masin tu. Anak2 perempuan kekdahnya ngikut selera maknyalah.

      Padam
  21. saya pun mcm isteri wak...tak makan itik hehe

    BalasPadam
  22. Sejak tak boleh balik kampuung ni, dah lama tak makan itik.

    BalasPadam
  23. itik x suka makan, ayam kampung pulak mmg nda makan. nda lalu hukhuk

    BalasPadam
  24. tu diaaa laukkkkk...Alhamdulilllah ^_^

    BalasPadam
  25. Bestnya nak makan itik, ada ternakan sendiri. Sembelih sendiri.

    BalasPadam
  26. Best tu dapat makan daging fresh. Itik kurang lemak ye wak. sayangnya saya tak makan pulak.

    BalasPadam
  27. Saya pernah makan itik, masak gulai kawah. Sedap sangat. Bestnya wak, makan hasil ternak sendiri. Alhamdulillah.

    BalasPadam