Hari ini sepagian wak bekerja merumput di kawasan tanaman keladi di kebun. Hujan yang kerap turun menyebabkan rumpai tumbuh subur di kawasan tanaman keladi. Rumpai perlu dibuang supaya mengelakkan persaingan dengan tanaman untuk mendapatkan nutrien, ruang dan cahaya matahari.
Alhamdulillah senang hati apabila melihat kawasan tanaman bersih dan menghijau. Wak menggunakan alat manual yang sangat efektif membuang rumpai jenama 10J.
Kawasan penanaman bibit keladi yang telah dibersihkan
daripada rumpai.
Keadaan sebelum merumput.
Selepas dibuang rumpai
Pokok rumput israel tumbuh di kawasan tanaman keladi mawar
Setelah dibuang rumput.
Anak keladi juga perlu dibuang/diubah untuk
mengelakkan persaingan dengan induknya.
Sebelum dirumput
Selepas dirumput
Sebelum dirumput
Selepas dirumput
Sebelum dirumput
Selepas dirumput.
Bayang2 wak sedang jepret gambar
Pokok keladi putih/minyak dewasa.
Bulan ogos nanti baru boleh tuai.
Pokok keladi putih tidak mengeluarkan sulur
tetapi mengeluarkan anak pokok di sekeliling umbisinya.
Anak keladi putih sesuai dijadikan sayur keladi
kerana tidak gatal.
Salam bertani.
sedapnya keladi..sy ada sorang anak yang suka sangat makan keladi goreng, makan pulak cicah sambal kicap..peghh..sedap sangat!
BalasPadamWak pun selalu kudapan keladi goreng cicah sambal kicap.
PadamMakan panas2 dengan teh O memang uump
Dah lupa dah rasa keladi macam mana haha lama tak makan
BalasPadam.
Selamat berkebun wak! Selamat hari raya juga... :)
Salam bertani
PadamSalam syawal juga.
Selamat hari raya wak🙏🙏
BalasPadamLama tak makan keladi ngan sulur keladi🙋
Salam syawal
PadamSesekali dapat makan sayur keladi enak juga.
seronok nya bercucuk tanam...
BalasPadamselamat hari raya, maaf zahir batin!
Salam syawal juga
PadamMaaf zahir dan batin
Selamat hari raya wak.
BalasPadamSihat selalu ye wak!
Seronok bercucuk tanam. Nanti makan hasil je
Alhamdulillah wak sihat
PadamHari2 memerah keringat
Salam syawal juga
Wah! Banyak hasilnya nanti, beranak-anak pokok keladi tu.
BalasPadamPokok keladi memang cepat beranak pinak.
PadamAnaknya perlu dibuang atau diubah ke tempat lain untuk mendapatkan buah keladi yang besar
rumput israel? Adoi laaaa! hahaha
BalasPadamOrang panggil rumpur israel sebab sikapnya seperti
Padambani Israel. Cepat membiak dan menguasai ruang.
Tapi ia sesuai dijadikan makanan ternakan.
RUMMPUT XDIBUANG KURUS KELADI XBERISI
BalasPadamBetul tu PI sebab rumput menggunakan baja yang kita berikan kepada tanaman.
Padamseronok tengok kwsn tanaman yg bersih..
BalasPadamMacam kat rumah kita juga.
PadamNak selalu kemas dan bersih baru seronok.
tanah nya subur rumput pun bukan main subur tumbuh ye wak... batang keladi sayur la yg selalu orang masak kan wak
BalasPadamBatang keladi putih/keladi minyak yang sesuai dibuat sayur.
PadamKalau keladi lain, nanti gatal.
masa kecik emak buat sayur keladi sbb ada byk tanaman ni di blkg umah.
BalasPadamSama macam wak jugalah.
PadamSeronoknya wak. Moga satu hari nanti ada rezeki utk sy juga berkebun macam wak :)
BalasPadamIn syaa Allah
PadamWak doakan agar impian pn tercapai nanti.
Masak asam rebus sedap ni kan wak.
BalasPadamYang sesuai dimasak asam rebus ialah keladi putih.
PadamTambah ngan siput sedut.
Gembur ja nampak tanah tu wak...
BalasPadamNi tanah separa gambut
Padamtanahnya memang gembur dan kaya bahan organik
Dah lama tak makan keladi.
BalasPadamUmbisi keladi sedap digoreng atau buat pengat/bubur.
Padambagaimana alat merumput manual tu Wak, nanti tunjuk lah.
BalasPadamAlat manual merumput tu semua orang ada.
Padam10J tu ialah 10 jari tangan kita.
Seronok tgk pokok keladi berderet2
BalasPadamSeronok tenguk kalau subur dan bersih kawasannya.
PadamAda sekali tu sedih juga, babi hutan masuk dan makan beberapa pokok keladi tanaman wak tu.
Lama tak makan keladi...biasa wak masak apa dengan keladi putih ni.
BalasPadamMasak asam rebus atau masak lemak dengan siput sedut.
PadamPn is3 wak tak berapa minat sayur keladi ni. emak wak yang terror masak.
byknye pokok keladi....sdapnye sayur keladi...
BalasPadamSesekali buat sayur bolehlah layan
PadamKalau selalu jemu juga.
Sukur keladi tu keladi yg ni ke wak...mesti sedap ni kan
BalasPadamkeladi putih ni takde sulur.
Padamkeladi mawar pun sulurnya pendek2.
Yang banyak sulur ialah keladi cina.
Keladi putih dengan keladi momoi adalah benda yang sama ke wak?
BalasPadamWak tak pernah pulak dengar nama keladi momoi.
BalasPadamMungkin sama kot.
Kalaulah ada tanah, banyak tanaman saya tanam Wak..saya suka cucuk tanam, tapi duduk plak bandar ermmmm
BalasPadambagus tanamannya semua =)
BalasPadamKemain subur dan sehat tanaman wak..
BalasPadamBanyak keladi wak tanam. Buat sayur memang sedap. lama tak makan sayur keladi.
BalasPadam