Rabu, 11 Mei 2016

Tanaman Nangka 4 : Nangka Siam.

Salam bertani.

Ada sepohon nangka siam di kebun buah-buahan WP yang sangat rajin berbuah. WP mengkategorikannya sebagai nangka siam kerana ia ditanam daripada biji benih nangka yang dibawa dari negara Thailand.  Buahnya tidak sebesar nangka tempatan kerana bilangan buah yang banyak setiap kali mengeluarkan putik. Isinya juga tidak begitu besar tetapi rasanya sangat manis setanding dengan nangka madu tempatan.



Sepohon nangka siam di kebun WP.


Nangka siam sedang berputik.


Putik buahnya hingga ke hujung dahan.


Juga berputik di batang utama.


Berputik juga di perdu pokok


Sebahagian buahnya terletak di atas tanah.


Putik nangka siam setelah dibuat penjarangan.
Setangkai satu biji buah.


Buah nangka siam sedang membesar.


Buahnya tidak rosak walau pun tidak dibalut.


Lebih daripada 10 biji.
Buah yang besar sekali sudah matang.


Buah matang tersebut yang sudah dituai


Isi nangka siam.


Rasanya sangat manis.

Salam bertani.

Catat Ulasan