Ahad, 1 Mei 2016

Longan Ping Pong 2

Salam bertani.

Hari ini menuai beberapa tangkai buah longan ping pong yang telah matang. Pokok longan ping pong yang ditanam di hadapan rumah WP sentiasa berbunga dan berbuah lebat. Ia berbuah sepanjang masa kerana sentiasa mengeluarkan bunga pada setiap pucuk barunya.

   Buah longan ping pong perlu dibalut kerana amat digemari oleh kelawar dan tupai. Kelawar akan menyerang pada waktu malam dan boleh mengoyakkan plastik pembungkus buah. Yang lebih berkesannya kena bungkus dengan jaring halus kerana kelawar takut dengan jaring.


Setangkai bunga longan ping pong


Bunga dan putik buah longan ping pong


Putik buah longan ping pong


Putik buah longan ping pong


Buah longan ping pong muda


Buah yang sedang membesar


Setangkai buah longan ping pong


Tiga tangkai buah longan ping pong yang telah matang.
Buahnya hampir mencecah tanah.


Buah matang yang telah dituai


Setangkai buah longan ping pong matang yang telah dituai


Buahnya bersaiz ibu jari orang dewasa.


Isi buah longan ping pong


Rasanya manis dan beraroma.


Biji buah longan ping pong.

Buah longan ping pong yang telah matang akan mengeluarkan bau yang wangi yang boleh menarik minat musuh seperti kelawar dan tupai.

Biji buah longan ping pong boleh disemai untuk mendapatkan anak benih. Anak benih tersebut hanyalah dijadikan pokok penanti untuk dibuat cantuman sanding atau cantuman mata tunas pokok dewasa.

Salam bertani.


Catat Ulasan