Selasa, 10 Mei 2016

Tanaman Kangkung.

Salam bertani.

Pokok kangkung merupakan sayuran jenis berdaun yang paling mudah ditanam dan cepat dituai. Kangkung boleh ditanam melalui biji benih atau pun keratan batang. Bagi tanaman  untuk komersial, kangkung lebih sesuai ditanam dengan menggunakan biji benih dan akan dicabut untuk dituai apabila berumur lebih kurang sebulan. Tanaman kangkung untuk kegunaan sendiri boleh dituai berulang kali dengan cara memotong pucuknya sahaja dan pucuk muda akan  dihasilkan selepas itu.

    Tanaman kangkung memerlukan air yang banyak dan sesuai ditanam di kawasan yang rendah agar bekalan air mudah didapati. Kangkung komersial perlu disiram dua kali sehari dan memerlukan baja organik agar cepat membesar. Kangkung biasanya ditanam di atas batas untuk memudahkan pengurusan dan mengelakkan takungan air.




Anak benih kangung yang disemai melalui biji benih.


Biji benih terus disemai di atas batas.


Pokok kangkung berumur dua minggu.


Pokok kangkung berumur tiga minggu.


Pokok kangkung berumur empat minggu.


Sudah boleh dituai


Sebatas sayuran kangkung


Pokok kangkung berumur lima minggu dan sudah
boleh dituai. 


Kangkung tua yang disimpan untuk menghasilkan biji benih.


Sayuran kangkung yang dijual di pasar tani.
Seikat RM1.00

Sayuran kangkung sesuai dimasak goreng sama ada dicampur dengan ikan bilis, udang kering, sotong, belacan ataupun ikan kering. Ia juga biasa dicampurkan dalam masakan nasi goreng, mee goreng atau pun yong tau foo. Daun kangkung boleh juga dicelur untu dijadikan ulaman dan dimakan dengan sambal belacan. Masyarakat kami menggunakan kangkung untuk dibuat "pecel".

   Sayuran kangkung  mengandungi pelbagai khasiat kesihatan dan perubatan. Ia baik untuk mata, hati dan ibu yang menyusukan bayi. Sayuran kangkung juga dapat mengatasi masalah sembelit, diabetis dan mengandungi zat besi yang tinggi.

Tanamlah kangkung untuk kegunaan sendiri. Pokok kangkung juga boleh ditanam di dalam pasu, polybag atau secara hydroponik mahu pun fertigasi.

Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan