Sabtu, 21 Mei 2016

Pokok Akar Dani

Salam bertani.

Beberapa bulan yang lepas, WP menanam empat pokok akar dani melalui keratan batang. Dua ditanam di dalam pasu dan dua pokok lagi terus disemai di atas tanah. Dua pokok akar dani yang ditanam di atas tanah cepat membesar kerana mendapat bekalan air yang cukup dan sudah belajar berbunga. Dua pokok yang ditanam di dalam pasu lambat membesar (kerana cuaca yang sangat panas) dan masih belum berbunga.

   Pokok akar dani sesuai dijadikan pokok pagola atau ditanam di tepi pagar kerana sifatnya yang melilit dan menjalar untuk memanjat. Sekiranya ditanam di atas tanah, ianya cepat membesar dan merimbun dengan bunga yang banyak. Ia sesuai dijadikan tanaman hiasan yang boleh menyerikan pagar atau pagola. Bunganya sangat cantik berwarna putih dan bertukar kepada warna merah beberapa hari kemudian dan mengeluarkan bau harum terutama pada waktu malam.


Pokok akar dani yang ditanam di dalam pasu.


Sepohon lagi yang ditanam di dalam pasu. Belum berbunga.


Pokok akar dani ditanam di atas tanah.
Melilit pagar rumah dan sudah berbunga.



Ditanam di belakang rumah bersama-sama sayuran kampung.
Juga sudah berbunga. Pokoknya tidak melilit/menjalar kerana selalu dicantas.



Kuntum bunga akar dani yang belum berkembang berwarna putih.


Bunga yang berwarna putih lama kelamaan menjadi merah.


Kombinasi warna putih dan merah yang menarik.

Koleksi gambar-gambar bunga akar dani yang dirakam pada waktu malam.
(Gambar-gambar di bawah)













    Selain ditanam sebagai pokok hiasan yang menarik, pokok akar dani juga boleh dianggap sebagai tanaman herba kerana semua bahagian pokok ini mempunyai nilai perubatan tradisional. Daun, akar dan buah pokok akar dani telah digunakan oleh masyarakat kita sejak zaman dahulu sebagai penawar pelbagai jenis penyakit seperti demam, cirit-birit dan sakit perut, kecacingan, penyakit kulit dan lain-lain.

 Tanamlah pokok akar dani untuk mendapat manfaat daripadanya.

8 ulasan:

  1. Buah/biji dari akar dani ni diperoleh dari mana ye?dari bunga yg gugur ke?sy dh berkali cuba semai guna keratan batang setakt ni semua gagal.sy nk cuba semai benih pula sbb sy x jumpa anak pokok/akar lain utk.disemai (pokok jiran)

    BalasPadam
  2. Boleh semai gunakan keratan batang aje

    BalasPadam
  3. Pokok akar dani saya selalu daunnya habis berlubang dimakan serangga (tapi tak pernah nampak serangga jenis apa). Kalau boleh kongsikan apa yg patut saya buat?

    BalasPadam
  4. Biasanya diserang oleh serangga yang terbang.
    Boleh aje gunakan racun serangga seperti Malathion dsb.

    BalasPadam
  5. Ada kaedah tertentu ke menanam akar dani.. dah bnyk kli menananm menggunakan keratan batang. Semuanya x menjadi..

    BalasPadam
  6. Semaian keratan batang perlu dicelupkan dengan hormon pengakar untuk menggalakkan pembentukan akar baru.

    BalasPadam
  7. Camna nk bg pokok akar Dani bunga lebat..pokok akar Dani sy byk daun compare bunga

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1. Potong pucuk yang menjalar panjang tu
      2. Buang sebahagian daun yang terlalu rimbun
      3. Berikan baja bunga (tinggi K)
      4. Pastikan kena cahaya mata hari penuh

      Padam