Khamis, 6 Februari 2020

Tanam Keladi

Salam bertani

Pada bulan Disember yang lepas wak menanam dua baris pokok keladi di hujung kebun. Satu baris keladi mawar dan satu baris lagi pokok keladi putih. Tanaman keladi ini memerlukan masa sehingga lapan bulan untuk matang sebelum boleh dituai. Wak  menanam pokok keladi ini untuk kegunaan sendiri sebagai terapi mata dan aktiviti untuk mengeluarkan peluh.



Lebih kurang 30 batang bibit pokok keladi mawar


Pokok keladi mawar ditanam sebaris dengan jarak 1m


Bibit pokok keladi putih


Satu baris pokok keladi mawar yang berumur seminggu
dan sebaris pokok keladi putih yang baru ditanam.


Pokok keladi mawar berumur seminggu.
Sudah mengeluarkan dua helai daun.


Kedaan tanaman keladi terkini.
Berumur hampir dua bulan.


Pokok keladi putih yang sudah dipenuhi
anak-anak baru di sekelilingnya.


Pokok keladi mawar sudah bersulur dan mengeluarkan anak.
Anak-anak pokok keladi perlu dipindahkan sebagai tanaman
baru untuk mengelakkan persaingan dengan induknya.


Pokok keladi mawar berumur dua bulan.
Sudah diberikan baja kimia 16:16:16

Salam bertani.


37 ulasan:

  1. aralık ayında mı ekiyorsunuz ?

    BalasPadam
  2. Seronok tengok bila menjadi tanamannya kan. Ada juga hasilnya

    BalasPadam
  3. Apa beza keladi mawar dan keladi putih?

    BalasPadam
    Balasan
    1. keladi mawar ditana untuk umbisinya
      ia mengeluarkan sulur.
      Keladi putih sesuai dijadikan sayuran
      Tidak bersulur tetapi mengeluarkan anak di sekeliling umbisinya.



      Padam
  4. dua-dua keladi ni ada sulur ye wak? sulurnya kalau di masak bestnya wak.... kalau balik kampung memang kerjanya cari sulur keladi wak... masak tumis sedap sangat

    BalasPadam
    Balasan
    1. keladi putih ni takde sulur
      Anak2nya sesuai dijadikan sayur keladi
      Macam yang banyak dijual di pekan Air Hitam tu.

      keladi mawar tak boleh disayur hanya hasil umbisinya saja. sedap digoreng.

      Padam
  5. bestnya sulur keladi masak asam rebus

    BalasPadam
  6. teringat zmn sekolah rendah, guna batang keladi utk cop dlm kelas seni lukisan...dulu2 tk suka sulur keladi sbb dia gatal..

    BalasPadam
  7. seronok tengok tanaman dia menjadi. Doakan kami ni jugak, tanam daun kesum pun mati. hahaha.

    BalasPadam
  8. waalaikumussalam. saya belum pernah makan keladi yg dimasak. huhu

    BalasPadam
  9. sedap tu wak kalau dibuat masak lemak atau asam pedas.kalau dapt yg isinya empuk fuhhh sedapnya

    BalasPadam
  10. Sedap ni keladi kalau buat masak asam pedas

    BalasPadam
  11. tanah wak ni subur sungguh kan, tanam apa pun menjadi Alhamdulillah

    BalasPadam
  12. selalu fikir pokok keladi ni akan bagi gatal2 badan. huhu

    BalasPadam
  13. TANAM KELADI KUNING WP SEDAP DISAYUR N DIGORENG

    BalasPadam
  14. suka makan ubi keladi pd musim banjir di kampung masa kecil n remaja.

    BalasPadam
  15. masak lemak siput dengan keladi..fuh memang padu

    BalasPadam
  16. Nampak cantik tersusun.. Subur pulak tu.

    BalasPadam
  17. Seronoknya ada tanah sendiri macam nie kan..

    BalasPadam
  18. Kelemahan maq, tanam keladi tak menjadi, masak keladi confirm rasa gatal kat tekak. Tp maq suka keladi

    BalasPadam
  19. saya pun tanam keladi juga WP, ari tu ada orang mintak untuk majlis kenduri.. dapat jual dlm 50 pokok.. ada banyak tak benih keladi mawar WP?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Benih keladi mawar ni wak minta daripada kawan sekampung.
      Ada kawan2 yang menanam untuk komersial.

      Padam
  20. Sejuk betul tangan wak menanam.. Semua menjadi..

    BalasPadam
  21. salam, ada jual ke benih keladi putih tu.

    BalasPadam
  22. Assalamualaikum wak...saya bgtau jiran saya keladi mawar boleh dimakan batangnya hahaha..yakin je...adoi kena betulkan balik

    BalasPadam
  23. Wkmsalam
    Batang keladi mawar boleh juga dijadikan sayuran tetapi kena rebus/celur dulu dan buang airnya.

    BalasPadam
  24. Tak perasan wak dah balas..saya sellu buka blog wak ni kalau pasal keladi hehe..ooo ok 2ak terima kasih ye reply

    BalasPadam