Di antara ikan air tawar yang sangat WP minati ialah ikan baung. Ikan baung sungai sangat lazat jika dimasak asam pedas, masak lemak cili api, dibuat ikan bakar atau digoreng sahaja. Ikan baung liar tidak mempunyai lemak berbanding dengan ikan baung yang diternak.
Sudah jarang-jarang ada bekalan ikan baung liar kerana spesis ikan ini sudah agak terancam. Kebanyakan ikan baung yang ada di pasaran adalah ikan baung yang diternak di kolam ikan atau di dalam sangkar.
Mujurlah di sungai tempat WP menternak lembu, masih ada hidupan ikan baung asli.Sesekali WP menangkap ikan baung sungai menggunakan jala atau tajur.
Hasil tangkapan ikan sungai.
Beberapa ekor ikan baung dan seekor ikan lampam jawa.
Ikan baung sungai yang masih hidup.
Mempunyai 3 duri sengat yang sangat berbisa.
Mempunyai 2 sesungut panjang dan beberapa sesungut lain
Ikan baung yang masih melekat di tali tajur
Bahagian bawah ikan baung berwarna putih
Bahagian atasnya berwarna kekuningan.
Ikan baung bakar yang lazat.
My faborite
Ikan baung masak asam pedas.
Salam bertani.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan