Selasa, 10 Julai 2018

Menternak Ayam

Salam bertani

WP masih menjalankan usaha-usaha penternakan ayam kampung secara kecil-kecilan di belakang rumah. Ayam-ayam diternak secara lepas berpagar dan akan masuk ke reban pada waktu malam. Sebahagian hasil daging ayam dan telur ayam adalah untuk kegunaan sendiri dan selebihnya untuk jualan.

Untuk mendapatkan baka anak ayam, WP memilih beberapa induk ayam untuk mengeram dan  memelihara anak ayam. Ibu dan anak-anak ayam dikurung selama sebulan sebelum dipisahkan.
Ayam-ayam jantan akan dituai selepas berumur empat bulan dan ayam-ayam betina yang berkualiti akan dibiarkan menjadi ayam penelur atau induk ayam.


Ayam-ayam betina dewasa yang sudah bertelur


Ternakan ayam berumur 4 bulan.
Ayam jantan sudah boleh dituai.
Ayam betina akan dijadikan ayam penelur.


Diberi makanan dedak ayam dan jagung hancur dua kali sehari.


Ayam-ayam penelur sedang berehat.


Sebahagian daripada ayam penelur


Menunggu giliran untuk bertelur


Ayam bertelur di sangkar yang disediakan



Sangkar penelur


Telur yang dihasilkan.
Telur ayam akan dikutip 2 kali sehari untuk 
mengelakkan pengeraman oleh ibu ayam.


Telur-telur yang dikutip dan telah dibersihkan disimpan
di dalam rak telur.

Ibu ayam sedang mengeram.


Ayam kampung ori (saigoon)


Baka saigoon yang besar dan tinggi.
Akan dijadikan pejantan.


Anak ayam kampung ori (siam) 


Ayam kampung .
Harga jualan di reban RM12.00 sekg.
Harga pasaran RM 18.00 sekg (hidup).

Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Komen