Selasa, 17 Julai 2018

Bela Itik Telur

Salam bertani.

WP masih lagi membela itik telur sebagai hobi suka-suka di belakang rumah.  Ada lebih kurang 30 ekor itik betina . Semuanya sudah bertelur. Itik akan bertelur pada waktu awal pagi dan biasanya WP kutip selepas subuh. Penghasilan telur sehari di antara 10 hingga 15 biji sahaja.

Kebanyakan telur itik akan dijadikan telur masin supaya tahan disimpan. Telur itik segar hanya sesuai disimpan dalam jangka masa dua minggu sahaja. Itik telur  diberi makan dedak penelur dua kali sehari pada waktu pagi dan petang.


Ternakan itik telur khaki campbell


Itik dikurung dalam kawasan yang berpagar.


Itik betina akan bertelur sebiji sehari


Hanya ada seekor itik jantan ( hitam berkilat)


Kutipan sepagi (dalam bakul plastik)
dan dua balang telur masin.


Proses menjadikan telur masin. Telur itik direndam
dalam air garam selama 2 - 3 minggu.
Setiap balang mengandungi 28 - 30 biji telur.

Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Komen