Ahad, 22 Julai 2018

Buah Manggis

Salam bertani.

Musin buah durian sudah berakhir di dusun WP. Sekarang bermulalah pula musim buah-buahan lain seperti manggis, rambutan dan cempedak. Pokok manggis adalah diantara pokok buah-buahan yang sudah mematangkan hasilnya.

Buah manggis yang matang akan bertukar warnanya kepada warna gelap. Buah yang matang, sekiranya lambat dituai, akan gugur sendiri. Perlu ada galah khas untuk mengutip buah manggis matang supaya tidak gugur ke tanah. Kebanyakan pokok manggis di dusun WP tidak tinggi dan buah matangnya boleh dicapai tangan.



Kutipan buah manggis sulung semalam


Pokok manggis sedang berbunga


Bunga manggis yang akan membentuk putik buah.


Putik buah manggis master


Buah manggis master berbentuk lonjong di hujungnya.


Manggis master berbuah lebat


Buah manggsi master hampir matang


Buah manggis master matang


buah manggis biasa


Buah manggis biasa berbentuk bulat


kebanyakan buah manggis hampir matang




Sepohon manggis di dusun WP

Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Komen