Ahad, 8 Julai 2018

Kutip Buah Durian

Salam bertani.

Setiap pagi WP akan ke dusun untuk mengutip buah durian yang gugur. Alhamdulillah ada juga rezeki yang Allah berikan walau pun sebahagiannya telah menjadi rezeki makhluk lain. Setakat ini WP tidak lagi menjual buah durian yang dikutip, hanya untuk menjamu saudara mara dan sahabat-sahabat yang datang  berkunjung ke rumah.



Kutipan pada pagi ini.


Buah durian yang bertaburan di pangkal pokok


Buah durian biasanya gugur pada awal pagi


Rasa teruja mengutip buah durian, hasil
daripada titik peluh sendiri.


Buah durian yang dimakan babi hutan


Buah durian yang dimakan oleh monyet


Kesan daripada serangan haiwan perosak.


Buah durian yang ditebuk tupai


Rezeki untuk tuan kebun


Isi durian yang dibuka.
 WP tak minat makan durian.
Hanya sekadar merasa untuk mengetahui kualiti isi buah sahaja.

Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Komen