Khamis, 5 Julai 2018

Pokok Cempedak Berbuah Lebat

Salam bertani

Ada beberapa pokok cempedak saka yang sedang berbuah lebat di kebun WP. Pokok-pokok cempedak ini sudah berumur melebihi 25 tahun tetapi masih lagi produktif setiap kali musim berbuah.

Buah cempedak akan matang dalam bulan Ogos akan datang selepas berakhirnya musim durian dan rambutan. Kalau dulu WP boleh mendapat hasil yang lumayan daripada jualan buah cempedak tetapi sekarang agak berkurangan kerana ancaman monyet yang tidak terkawal. Monyet sangat memusuhi buah cempedak walau pun masih muda.

Lagi pun buah cempedak perlu dibungkus untuk menjamin kualitinya dan mengelakkannya daripada busuk akibat serangan lalat buah. Nampaknya musim cempedak kali ini, WP belum ada kesempatan untuk membungkus buahnya dan melakukan penjarangan buah.

Jom layan gambar.

Sepohon cempedak di belakang rumah


Sepohon lagi yang rajin berbuah.


Pokok cempedak ini menghasilkan beratus-ratus putik buah.


Sedahan buah cempedak muda.


Berbuah di batang pokok


Buah di pangkal pokok


Sepatutnya buah cempedak ini perlu dibalut dengan kertas
 surat khabar lama. 


Buahnya hampir mencecah tanah.
Perlu simpan sebiji sahaja setangkai.
Buah yang hujung perlu dibuang (penjarangan)


Salam bertani.

Tiada ulasan:

Catat Komen