Khamis, 8 Disember 2016

Ternakan Lembu 12.

Salam bertani.

Sudah agak lama WP tidak buat entri tentang ternakan lembu kerana tidak ada perkembangan terbaharu kecuali pertambahan seekor ahli  yang baru dilahirkan. Baru-baru ini pihak JPS telah membersih dan mendalamkan sungai tempat WP menternak lembu-lembu tersebut. Rasanya sudah lebih lima tahun pihak JPS tidak menyelenggara sengai tersebut sehingga permukaan airnya hampir tertutup dipenuhi rumpair.

Apabila sungai diselenggara oleh jengkaut besar, padang ragut ternakan lembu WP akan terganggu dan rumput ragut akan musnah dilenyek jentera tersebut serta dikambus oleh sisa sungai yang dibuang. Ternakan lembu akan kekurangan bekalan makanan dan kerja-kerja penternakan akan bertambah kerana lembu-lembu tidak berani minum sendiri air sungai.

Sekiranya hujan kerap turun seperti sekarang, padang ragut akan pulih semula dan dipenuhi rumput dalam masa tiga hingga empat minggu selepas penyelenggaraan sungai tersebut.


Keadaan padang ragut sebelum sungai diselenggara.
Rumput yang subur dan menghijau.



Sungai yang semakin mengecil ditutupi rumpair.
Padang ragut dipenuhi rumput.


Kerja-kerja menyelenggara sungai menggunakan jengkaut
telah merosakkan padang ragut.



Kerja penyelenggaraan sungai sedang dilaksanakan.


Kerja-kerja penyelenggaraan sungai telah selesai.


Beberapa hari selepas penyelenggaraan sungai.
Rumput ragut mula tumbuh semula.



Kepah sungai yang hidup di dalam lumpur dan pasir sungai menjadi mangsa



Kepah sungai bersaiz tapak tangan.
Kurang digemari kerana rasa isinya yang tawar dan  liat.






Keadaan kawasan ragut selepas selesai kerja penyelenggaraan sungai.



Si-Putih sado terpaksa berdiet.




Anak bujang.



Ragutlah apa yang ada.



Ahli baru termenung mengenangkan nasibnya.




Anak-anak  Si Putih.



Semoga rumput cepat menghijau kembali.



Pemandangan kawasan padang ragut terkini


Tetap sihat walaupun makanan berkurangan.



Makan time




Kenapa jadi macam gini boss



Susahnya cari makan.


Pokok bunga ini banyak tumbuh di padang ragut.
Jadi makanan  ternakan.


Berbunga sepanjang masa.


Pokok letup-letup kelambu juga jadi penghuni padang ragut.

Memandangkan musim tengkujuh akan tiba, penyelenggaraan sungai oleh pihak JPS sangat diperlukan untuk mengelakkan banjir dan melancarkan aliran air. Aliran air di sungai ini juga dikawal oleh pihak JPS kerana ada empangan dan tasik buatan di hulunya. Di hilirnya pula terdapat sebuah logi pemperosesan air untuk membekalkan air paip kepada penduduk tempatan. WP menjadikan  rizeb sungai sebagai kawasan penternakan lembu secara tradisional sebagai hobi dan sumber pendapatan sampingan.

Salam bertani.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan